Kali pertama memasak kuzi ayam ... hmm saya membuat persediaan berminggu termasuk mencari resepi yang terbaik. percubaan pertama saya berbaloi, kerana kuzi ayam yang menggunakan rempah yang diedar oleh penyanyi Nora memang sedap... Terima kasih juga kepada sahabat baik saya, Ismati yang sabar menjawab panggilan saya, bertanya itu ini berkenaan masakan kuzi terutama saffron yang tak pernah seumur hidup melihatnya. Resepi nya adalah seperti berikut:
Kuzi Ayam
Bahan bahan
Ayam potong 12
Bahan perap ayam:
saffron
halia
bawang putih
garam
Potong kiub dan goreng:
hempedal ayam
hati ayam (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar
Bahan goreng:
15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang
Bahan tumis:
6 bawang merah - blend
4 bawang putih - blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte
Panaskan minyak. goreng bawang merah hiris, tos. goreng bawang besar hingga kuning, tos. goreng badam hingga kuning, tos. goreng kismis, tos. goreng hempedal ayam, tos. Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dg air. Goreng hingga wangi. Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.
Masukkan bahan goreng yang lain spt ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dsb. masukkan gula dan garam. Masak hingga agak pekat.
Sedap dimakan dg roti jala, nasi minyak dsb.
Resepi istimewa orang Kelantan. Boleh juga diganti dg daging atau kambing. Mesti cuba.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar