Tampilkan postingan dengan label Masakan Kelantan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Masakan Kelantan. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Oktober 2011

Kuih Cek Mek Molek






Bangun pagi pagi hari sabtu, saya terus ke dapur.  Berkobar kobar nak mengerjakan ubi stellor (ubi keledek lah weh) yang dibawa abang saya dari Kelantan.  Nak buat kuih Cek Mek Molek lah.  Kuih Cek Mek Molek adalah kuih yang biasa dibuat semasa saya kecil dahulu. Maklum bahan bahannya mudah. Kadang kadang arwah my father tanam sendiri jer ubi keledek tu. Kuih ini kalau di kampung saya, bukan saja dimakan sebagai hidangan petang tetapi juga sebagai kuih untuk sarapan pagi.

Setiap kali balik Kelantan, saya memang tak lupa untuk membeli satu bag ubi keledek kerana harganya teramat murah berbanding dengan di KL. Jadi macam macam kuih yang menggunakan keledek saya ajar pembantu rumah untuk membuatnya. Selain cek mek molek, boleh juga digoreng sebagai kaki ayam. Keledek dipotong kecil dan panjang seperti jari telunjuk dengan tepung beras, ala seperti menggoreng pisang tu ... Atau boleh juga dibuat sayuran dengan pucuk manis ke. Hmmm sedap tu. atau ubi keledek direbus dan dimakan gitu saja sebagai sarapan. Pendek kata macam macam boleh buat lah dengan ubi keledek ni.

Jom kita layan resepi dan gambar gambar nya ...


Kuih Cek Mek Molek

Bahan bahan
ubi keledek oren
tepung gandum
sedikit gula

Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.

Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya.  Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  

Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 

Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 

Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.


Ubi dipotong potong sebab terlalu besar



Direbus hingga empuk



Sejukkan dulu



Buangkan lah kulitnya


Tumbuk ubi rebus tadi


Dah siap ditumbuk




Gaulkan dengan tepung gandum


Adunan dah siap


Bentukkan kuih cek mek molek



Masukkan sesudu gula



Adunan siap dibentukkan


Tunggu untuk digoreng



Goreng dengan api perlahan



tadaa siappp


Lihat air gula di dalamnya



Kamis, 27 Oktober 2011

Ketupat Sotong

Ketupat sotong



Jemput makan .. sedap ni

Haa seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, ketupat sotong adalah satu lagi makanan kegemaran saya sejak kecil. Ianya sangat istimewa bagi saya, apalagi jika sotong tersebut bertelur.  Setiap kali musim sotong bertelur, keluarga saya akan membuat ketupat sotong.  Maklumlah sotong bertelur juga ada musim nya.  


Kali ini saya nak tayangkan ketupat sotong yang dimasak oleh Kak Son, kakak ipar saya yang berada di Kuala Lumpur sehari sebelum Depavali.  Boleh rujuk resepi nya di sini ya.  Jom kita layan gambar gambarnya ...



wow tengok yang berwarna putih itu la telur sotong


Kalau ada telur, ketupat sotong lagi best



makanan istimewa orang Kelantan


Rabu, 26 Oktober 2011

Ikan Rebus Goreng




Ini adalah satu lagi lauk sempoi kesukaan saya dari kecil hingga sekarang. Ikan rebus yang digoreng. Maklumlah saya budak kampung.  Jadi makanan kampung yang ala kadar jer menjadi juadah saya semasa kecil.  Ikan mesti direbus dengan asam keping dan garam dan dibiarkan sekurang kurangnya semalaman.  Lepas itu digoreng dan selepas agak masak, masukkan bawang besar dan cili hidup yang dihiris.  Angkat dan makan dengan nasi putih panas panas atau makan dengan pulut dan kelapa parut.  Saya suka juga makan dengan nasi kerabu.  Pendek kata makanan kesukaan kita semasa kecil akan kekal menjadi kesukaan.  Apa apa ikan pun sedap dibuat ikan rebus goreng. Kalau makan dengan pulut, guna ikan selar kuning atau ikan selayang, di sini dipanggil ikan sardin kot.  Tapi ikan tongkol tetap kegemaran saya untuk dibuat ikan rebus goreng.

Jom kita layan gambar gambarnya ....


Ikan yg direbus dg asam dan garam



bawang besar dan cili hidup hiris


siappp ...



Sup Gear Box







Hari ini saya masak sup gear box atau kalau di Kelantan dipanggil Sup Kaki Lembu, makanan kegemaran saya sejak kecil.  Gear box ini didatangkan dari Kelantan.  hahaha bila kaki lembu dari Klate baru best, dagingnya banyak dan segar. Abang saya yang membawanya dari Kelantan.  Bila daging segar, kita dapat rasakan baunya semasa merebus lagi.  Saya malas nak membeli kaki lembu di sini, pertamanya kerana tidak banyak isi.  Isinya dilapah licin hingga tinggal tulang jer. Yang kedua, tak segar. Bila direbus jer, kita dah tahu yang ianya daging yang dibeku. Berbeza dengan Kelantan, lembu disembelih hari hari, jadi memang tak jadi masalah untuk mendapatkan bekalan daging segar.


Teringat zaman dulu, bila keluarga membuat qorban, arwah my father akan membawa balik kaki lembu dan dibakar di atas api terlebih dahulu, di kikis kulit bahagian kaki.  Lepas itu dipotong dan direbus.  Tapi kini segalanya lebih mudah, saya tak tengok lagi ada orang membakar atau menyalai kaki lembu.  Segalanya dipermudahkan ...     

Kalau gear box, memang hanya sedap dimasak sup.  Kalau tulang rusuk, boleh juga dibuat singgang. Jadi hari ini, saya hanya memasak sup supaya kuahnya dapat dihirup dan dirasakan kemanisan daging segar.  Cara membuat sup, semua orang pun tahu.  Tapi tak apa lah, saya kongsikan cara saya memasak sup ya.  Jom layannn ...

Sup Gear Box

Kaki lembu dipotong
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Perencah Sup serbuk
Rempah menumis 
Garam
Bawang goreng
Daun sup

Kaki lembu direbus hingga empuk.  
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang.  Bila garing, masukkan rencah sup serbuk. Goreng dengan api perlahan hingga garing dan berbau wangi. 
Selepas itu, tuangkan semuanya ke dalam periuk tulang kaki tadi.  Masukkan garam dan serbuk perasa.  

hmmm best sangat sangat weh ...


bahan bahan diperlukan



buat bawang goreng



tulang kaki direbus



masukkan perencah sup ke dalam rebusan tulang



Potong kecil dan siap dihidang



jangan lupa bawang goreng dan daun bawang


Kuih Onde Onde


  


Kuih onde onde ini adalah antara kuih yang saya biasa tengok my mom masak sejak saya kecil lagi terutama di bulan puasa. Pada waktu itu, setiap kali mahu membuat kuih saya akan ditugaskan untuk mengisar tepung dengan batu pengisar besar. Masukkan sesudu beras atau pulut dan pusing batu tu perlahan lahan hingga keluar tepung yang dikisar ke dalam kain penapis. Air itu akan disejat hingga tinggal tepung yang akan digunakan untuk membuat kuih. Kadang kadang bila saya jemu dan malas mula melanda, saya tuang air banyak. Jadi proses mengisar cepat dan laju tapi tepung yang keluar tidak halus. Nanti bising lah my mom. Bukan apa, berat tau pengisar tu. Setengah jam belum tentu siap. Miss lah acara nak bermain main pondok. hahaha masih main pondok pondok masa tu. 

Begitu lah susahnya zaman dulu untuk membuat kuih muih bukan macam sekarang beli aja tepung beras atau tepung pulut dan bancuh dengan air dan siaaapp.  Bila dah bekerja di KL, barulah tahu yang kuih ini dipanggil kuih buah melaka kerana menggunakan gula melaka agaknya. Kami panggil gula melaka tu sebagai nnisse jer yang biasa dibuat dari nira kelapa dan dimasak di dalam kawah hingga pekat dan dimasukkan dalam acuan. Masa saya kecil, jiran belakang rumah yang saya kenali sebagai Wak Mejah membuat gula melaka untuk dijual.

Berbalik pada resepi ini, saya memasak kuih onde onde pagi pagi hari sempena cuti Depavali jadi sambil sambil berehat di rumah, boleh lah menikmati kuih onde onde dengan air teh TWG. Lagi pulak, abang dan kakak ipar ada di rumah, kami makan kuih onde onde ini sebagai sarapan pagi ini juga. Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya ...




Kuih Onde Onde aka Buah Melaka)
Bahan-Bahan: 
Tepung pulut (ikut suka berapa banyak)
5 helai daun pandan (jus pandan secukupnya)
Gula melaka 
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
Sedikit kapur


Cara: 
1.      Bancuh tepung pulut dengan air pandan dan air kapur sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel. 
2.      Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. 
3.      Gula melaka dipotong kecil kecil atau dihancurkan sedikit supaya ia cair semasa  dimasak.Saya tak suka rasa gula melaka yang berbiji semasa mengunyah kuih tersebut.
4.      Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel adunan bulat bulat.
5.      Panaskan air hingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan dalam air rebusan supaya airnya wangi.
6.      Masukkan bebola pulut tadi. 
7.      Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan. 
8.      Terus golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam. 
9.      Bolehlah dihidangkan bersama teh o panas panas. 



sedikit air kapur



air daun pandan



Tepung beras pulut



kelapa campur sedikit garam



gula melaka yg dipotong



gula nisse klate



Bulatkan adunan sebesar biji guli



leperkan


apalagi? masukkan la nisse tadi




masukkan dlm air yg mendidih



tengok ... yg timbul tu tandanya dah masak



dah boleh ditos keluar


golek golekkan dalam kelapa parut


siap dihidangkan