Dulu kalau nak makan begedil, pembantu rumah yang bekerja dengan kami selama 18 tahun akan menyediakannya untuk kami. Jadi saya tidak pernah terfikir untuk membuat begedil sendiri. Setiap kali saya membuat soto ayam, tugas membuat begedil akan diserahkan kepada beliau.
Entah kenapa hari ini, tiba tiba jer rasa nak makan begedil yang dibuat sendiri. Maklumlah yang dibeli di bazar ramadhan, bukanlah sedap seperti yang dibuat sendiri. Oleh kerana kami tiada lagi mempunyai pembantu rumah, semua urusan masak memasak terpaksa dibuat sendiri. Namun kepulangan Nana banyak membantu kerana beliau rajin ke dapur, maklumlah dia banyak memasak sendiri sepanjang 5 tahun pengajian di Egypt.

Walaupun rupa begedil kami hari ini tidak kelihatan berambu rumba seperti begedil yang dibeli di kedai, namum rasanya sedap sekali. hahaha masuk bakul, angkat sendiri, gitu ... Resepinya saya gabungkan dari beberapa resepi dari internet dan blog blog masakan. Jom layan resepi nya ...
Bahan bahan
Ayam (boleh juga guna daging, ikan, sardin, ikan bilis dsb)
Ubi kentang
Bawang goreng
Lada sulah
Daun sadri (hiris nipis)
Garam
Telur (asingkan putih & kuning)
Ayam dilumur garam dan kunyit dan digoreng. Lepas itu di tumbuk. Ubi kentang dipotong nipis dan digoreng hingga masak. Selepas diangkat, terus dilenyek sementara masih panas. Bawang goreng boleh diramas ramas atau ditumbuk.
Campurkan ubi kentang, bawang goreng, lada sulah, daun sadri, garam dan telur kuning. Kacau rata dan adunan dibulat bulatkan.
Telur putih dipukul sedikit. Celup adunan ke dalam telur dan goreng dengan minyak 3/4 dari adunan sahaja bagi mengelakkan menyerap minyak. Angkat bila bertukar warna keperangan. Siap untuk dihidang ...

Nota: boleh juga digunakan telur sebiji untuk adunan dan juga untuk dicelup tanpa perlu mengasingkan kuning dan putih telur. Jika mahu, boleh juga dimasukkan sedikit garam dalam telur yang dipukul sebelum dicelup adunan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar