Kamis, 18 Agustus 2011

Spagethi Aglio Olio




Teringin nak mencuba pasta selepas menonton rancangan masakan yang dikendalikan oleh Sheila Rusli bersama tetamu undangan beliau, Janet Khoo. Walaupun dalam resepinya, Janet menggunakan kepah sebagai bahan utama, tapi saya menggantikannya dg seafood lain kerana sukar untuk mencari kepah yang segar pada masa itu. Apa apa pun, saya gembira dengan percubaan pertama ini. resepinya saya perolehi dari website luar negara selepas membuat beberapa perbandingan ...cuba la, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja utk disiapkan

Spaghetti Aglio e Olio

Bahan bahan:
Olive oil
seafood - sotong, udang, kepah, lala atau apa apa jer
Garlic (minced)
3 to 4 cili kering
black pepper
Italian herbs
garlic powder
daun parsley
chicken stock
soya sauce masin

Cara cara
Tumis bawang putih, masukkan cili kering. masukkan seafood. masukkan air chicken stock (atau ikan bilis). masukkan black pepper, italian herbs, garlic powder, garam, soya sauce.

Masukkan pasta yang telah direbus.sebelum dimasukkan pasta, tuang dulu sedikit minyak zaitun. kacau rata. angkat dan hias dengan daun parsley. boleh juga diletak red chilli flakes, jika ingin pedas.

Resepi ini di dalam bahasa Itali bererti "garlic and oil". jadi kena berminyak dan jangan risau kerana minyak zaitun tidak mengandungi kolesterol. kalau nampak kering, tuangkan sedikit minyak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar