Haah? Bunyi macam iklan la pulak ya ... Saya sebenarnya baru sahaja berpindah dari USJ Subang Jaya ke Kota Damansara. Jadi Azie Kitchen sekarang beroperasi dari kediaman yang baru dalam suasana yang baru. Walau bagaimanapun, huhuhu missed USJ so much ... Hanya mereka yang pernah tinggal di USJ yang tahu bagaimana kedamaian dan keharmonian. Jangan la ambik kira, tang yang traffic jam yer... kalu tak ada traffic jam, rasanya tak ada la semangat dan kecekalan orang USJ ...
Banyak yang ingin saya kongsikan dengan rakan rakan sekelian berhubung dengan kediaman baru ini. Bagaimana ianya bermula, cabaran dan dugaan yang harus dipikul untuk menjadikan nya satu realiti ...
Seperti juga saya membuat transformasi dari seorang remaja yang tidak suka ke dapur hingga sekarang, saya menjadikan resepi dan gambar gambar masakan sebagai hobi yang memberi "endorphin" yang meringankan ketegangan minda selepas seharian bekerja di pejabat ... Nak tahu lebih lanjut? Tungguuuuu ...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar