Kamis, 18 Agustus 2011

Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Terengganu





Gulai Ikan Tongkol adalah lauk kegemaran saya. Maklumlah orang Kelantan, sarapan pagi tak lengkap tanpa nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi kapit (impit). Lauk bagi nasi berlauk dan nasi dagang biasa dibuat dari Ikan tongkol yang direbus semalaman, sebelum dimasukkan ke dalam kuah gulai. Ikan tongkol yang direbus, selain digulai sedap juga digoreng begitu sahaja dan ditambah dengan bawang besar hiris dan cili hidup yang juga dihiris. Saya biasa memasak Gulai Ikan Tongkol stail Kelantan. Namun saya semenjak dua menjak ini, hihihi ada ke bahasa camtu, saya kemaruk dengan Gulai Ikan Tongkol nasi dagang Terengganu. Setelah mencari sekian lama, saya terjumpa resepi ini. Tapi maaf kerana telah lama resepi ini tersimpan, saya tidak pasti siapa penulis asal resepi ini. Harap maaf berbanyak ..semoga Allah memberi ganjaran kerana berkongsi resepi ...

Gulai Ikan Tongkol


Bahan bahan:
4 ikan tongkol(direbus bersama segenggam asam keping, 1 kpg gula melaka dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk diguna dalam kuah)


3/4 kilo Bawang merah (lebih pun tak apa)
1 labu bawang putih (yang besar)
1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar serbuk kunyit)
2 inci halia
segenggam lengkuas setelah dihiris
1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
1/2 senduk serbuk jintan manis
2 senduk cili giling
kerisik (dari 1/2 biji kelapa)
4 kpg besar gula melaka
santan (dari 4 biji kelapa kepekatan biasa)
2 inci kulit kayu manis

 


Semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, gula melaka, santan dan kulit kayu manis.

masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.

masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)


Boleh diletak cili padi untuk hiasan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar