Jalan TAR |
As salam. Hari ini saya bersantai santai selepas melihat lihat pokok pokok di laman. Sambil melayan lagu lagu raya di corong corong radio yang syahdu giler, saya memikir juadah untuk keluarga tersayang di pagi hari raya memandangkan raya ini adalah raya pertama saya akan menyambut bersama keluarga di kediaman sendiri. seperti ibu bapa yang lain, saya kini menunggu kepulangan anak anak balik berhari raya. hahaha sekarang dah cukup quorum ...
Beberapa hari lagi hari raya Aidilfitri menjelang tiba, lagu lagu Azlina Aziz dan Jamal Abdillah yang diputarkan menggamit rindu yang tak terkira kepada bonda tercinta. Semoga beliau sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah. Aiiik ke mana mana pulak saya pergi ni, ikut jari menaip dan ikut kepala sahaja apa yang nak ditulis, spontan gitu. Tadi saya nak bercerita pasal juadah raya, apa ya yang nak dihidangkan. Saya tetap saya, saya akan pilih jalan yang berliku liku sikit, hihihi apa yang berliku? actually dah seminggu saya mencari resepi dan memikirkan apa yang nak dimasak. Apa menunya? Tungguuuuu dalam my next posting sebab hari ini nak mengulangi keseronokan beraya semasa anak anak masih kecil, nak ke Jalan TAR mengambil suasana raya dan beberapa shopping mall untuk last minute shopping ...
OK la setakat ini dulu celoteh kosong yang tak intellek. Kat pejabat dah cukup official guna semua ayat ayat business, jadi kat blog ini, saya ingin jadi diri saya sendiri ... ular menyusur akar, tak hilang bisanya ... tak gitu?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar