Tampilkan postingan dengan label Umum. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Umum. Tampilkan semua postingan

Senin, 24 Oktober 2011

Lama Tak Jumpa






Rindu terlerai bila bertemu sahabat baik kami sejak zaman kampus, Dato Hashim dan Datin Fauziah di kantin Sahor, Kolej Ketiga UM. Rasa seperti baru lagi kami menginap di kolej ini, bertemu jodoh dengan suami masing masing semasa menginap di sini. Hmmm begitu cepat masa berlalu, anak masing masing sudah besar panjang dan akan mula memasuki alam pekerjaan. Saya boleh katakan kawan zaman universiti yang dikenali sejak zaman remaja sudah menjadi seperti adik beradik kerana kami saling memahami perangai dan sikap masing masing sejak dulu dan menerima seadanya. Sesungguhnya pertemuan singkat ini amat mendalam di hati kerana mampu meleraikan rindu serta mengimbau zaman remaja kami. Terasa muda seketika, sekurang kurangnya untuk sehari dua ini, aduhai ....

Selasa, 18 Oktober 2011

ETHICA sebagai Sukarelawan Koreksional Jabatan Penjara Malaysia









ETHICA, Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga UM telah mengorak langkah se tapak ke hadapan dengan memanjangkan aktiviti aktivitinya ke dalam aktiviti berbentuk kebajikan.  


Sebagai permulaan, seramai lebih kurang 20 orang ahli ETHICA telah mengisi borang keahlian sebagai Sukarelawan Koreksional Jabatan Penjara Malaysia (JPM) semasa majlis perjumpaan di Kantin Sahor Kolej Ketiga pada 14 Oktober 2011. Idea ini dicetuskan oleh Timbalan Ketua Pengarah JPM, Dato Hassan Sakimon yang juga merupakan ahli ETHICA.  Presiden ETHICA, Encik Abdul Ghani Shahbudin telah memberi sokongan kepada ahli ahli untuk melibatkan diri dalam program tersebut sebagai sokongan kepada JPM.  Semasa perjumpaan tersebut, Encik Supri yang bertugas sebagai pegawai JPM telah dijemput untuk memberi taklimat ringkas berkenaan dengan Sukarelawan Koreksional JPM tersebut. Antara matlamat sukarelawan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada bekas banduan untuk menjalani kehidupan selepas keluar dari penjara.


Diharapkan banyak lagi aktiviti kebajikan menjadi pengisian aktiviti ETHICA di masa masa akan datang.  Maklumlah di samping bergembira, kita jangan sesekali melupakan segmen segmen di dalam masyarakat yang mengharapkan salam dan huluran tangan kita ... Tahniah ETHICA dengan permulaan yang baik, bergembira sambil beramal. Jom layan gambar gambar sekitar pertemuan yang diadakan ... jom






Jumat, 26 Agustus 2011

Azie Kitchen is now in Kota Damansara

 
Haah? Bunyi macam iklan la pulak ya ... Saya sebenarnya baru sahaja berpindah dari USJ Subang Jaya ke Kota Damansara. Jadi Azie Kitchen sekarang beroperasi dari kediaman yang baru dalam suasana yang baru. Walau bagaimanapun, huhuhu missed USJ so much ... Hanya mereka yang pernah tinggal di USJ yang tahu bagaimana kedamaian dan keharmonian.  Jangan la ambik kira, tang yang traffic jam yer... kalu tak ada traffic jam, rasanya tak ada la semangat dan kecekalan orang USJ ...

Banyak yang ingin saya kongsikan dengan rakan rakan sekelian berhubung dengan kediaman baru ini.  Bagaimana ianya bermula, cabaran dan dugaan yang harus dipikul untuk menjadikan nya satu realiti ...


Seperti juga saya membuat transformasi dari seorang remaja yang tidak suka ke dapur hingga sekarang, saya menjadikan resepi dan gambar gambar masakan sebagai hobi yang memberi "endorphin" yang meringankan ketegangan minda selepas seharian bekerja di pejabat ...  Nak tahu lebih lanjut?  Tungguuuuu ... 

Kamis, 18 Agustus 2011

Salam Perkenalan





Salam perkenalan saya hulurkan kepada semua yang membaca blog yang baru saya buka ini. Nama saya dalam IC ialah Haziah dan nama kedua saya ialah Azizah.  Jadi saya dikenali dengan banyak panggilan di kalangan famili, saudara mara dan sahabat sahabat.  Saya mesti mengakui bahawa saya tidak pandai memasak dan jarang sekali masuk ke dapur tambahan lagi dek kesibukan tugas. Alahaai memberi alasan la pulak ya. Namun begitu, saya mempunyai minat mengumpul resepi dan mencuba resepi resepi baru.  Bila ada masa lapang saya akan menghabiskan masa utk mencari resepi yang menarik untuk dikumpul dan dicuba kemudian hari.

Saya mula belajar membuat kek dan biskut raya seawal umur 10 tahun.  Masih ingat lagi pada masa tersebut biskut dan kek dibakar menggunakan sabut kelapa. Saya mengumpul duit poket sendiri untuk membeli bahan di buat biskut dan kek. Minat saya lebih kepada kuih muih, biskut, kek dan bukan memasak sehari hari.  

Apabila telah mempunyai keluarga sendiri, saya setiap tahun akan membuat sendiri kuih kuih raya di rumah kami sehingga lah setahun dua ini, tugas tersebut telah diambil alih oleh anak anak dara yang telah mula membesar. Setiap kali kami mengadakan rumah terbuka, saya pasti akan memasak beberapa juadah sampingan untuk hidangan tetamu. hahaha sedap atau tidak belakang kira ya.  Yang penting, mereka dihargai dan dirai.

Saya berhasrat untuk memperbaiki lagi persembahan di dalam blog ini dari masa ke semasa terutama gambar gambar kerana photography adalah satu lagi hobi saya sejak di bangku sekolah rendah lagi.  Melihat gambar gambar masakan yang cantik, memang dapat meredakan ketegangan dan memberikan keceriaan pada kita semua. 

Setakat ini dulu serba sedikit mengenai diri saya ...