As salam semua. Lama tak berblog kerana hari minggu lepas, sibuk dengan jamuan makan di rumah dan juga majlis rumah terbuka alumni. Bila dah masuk minggu baru, sibuk pula dengan urusan pejabat. Anak anak pula memulakan aktiviti masing masing, Nellisa masuk kolej untuk semester baru, Nana menjalani program attachment di Hospital Universiti, Juita mula persekolahan di sekolah baru dan Aween menduduki peperiksaan UPSR. Boy pula sudah balik ke kolej.
Aktiviti memasak dan berblog terhenti seketika. Lagi pun terlalu banyak makanan di rumah kami. Jika dibuka kedua dua peti sejuk, memang banyak benda yang boleh dimakan. Tapi saya kena mulakan juga aktiviti saya kerana saya perlu menyediakan juadah untuk hiasan dining table. Nak tahu lebih lanjut kena tungguuuu .... bagi suspen sikit. Selain itu, saya merasa gembira dapat mengemaskini blog saya dengan masakan sendiri walaupun menggunakan resepi simple.
Berbalik kepada agar agar pandan bersantan, ini adalah resepi kesukaan saya. seperti juga resepi agar agar santan gula melaka, cuma diganti dengan air daun pandan. Saya sebenarnya dari kecil biasa buat agar agar menggunakan agar agar bertali. Jadi bila guna agar agar serbuk, rasa macam tak sekental menggunakan agar agar bertali, jadi resepi kali ini saya gunakan agar agar bertali.
Jom kita layan gambar gambar dan resepi di bawah ...
Agar agar Santan Pandan
Bahan-bahan
20 gm agar-agar strips (boleh direndam seketika, jika mahu)
4 1/2 cawan air
1 1/3 cawan gula [boleh kurangkan jika tak suka manis]
2 cawan jus pandan (blend 5 helai daun pandan)
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
setitik dua pewarna hijau jika suka
Cara-cara
Rebus agar-agar bersama air sehingga agar-agar tadi hancur. Masukkan gula dan masak lagi sehingga larut. Tapis ke dalam periuk lain dan didihkan semula.
Blend telur, garam, jus pandan dan santan.
Setelah agar-agar mendidih, tuang bahan blend ke dalam periuk agar-agar dan kacau sehingga mendidih. Angkat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar