Sabtu, 24 September 2011

Puding Jagung





Saya tidak pernah menyediakan puding jagung sebelum ini dan sehingga memikirkan pencuci mulut yang ingin disediakan dalam majlis rumah terbuka, baru teringat balik puding ini yang dimasak oleh kawan baik saya, Sidah sewaktu saya mengunjungi beliau di Taman Tun Hussein Onn beberapa tahun dahulu. Pada masa itu beliau sedang mengacau kuih ini di atas dapur untuk dibawa ke majlis makan makan di pejabat keesokannya. Walaupun saya tidak bertanyakan resepi pada masa itu, tetapi berpeluang melihat sendiri beliau membuatnya, menyebabkan saya ingin mencuba resepi itu hari ini.  Saya perlukan resepi yang mudah untuk disediakan dan sedap dimakan oleh tetamu saya ..

Sekarang ini sangat mudah, jika teringin untuk memasak apa apa dan tidak tahu resepi dan cara membuatnya, buka saja internet dan cari di laman laman web dan blog. Pasti banyak sekali, antara mahu dengan tidak sahaja. Jom kita layan resepi yang saya pilih dari internet.

Puding Jagung

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung kastad.
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan kotak+ air jadikan 4 1/2 cawan.
secubit garam.
1 cawan jagung dalam tin (jagung cream)

Cara-caranya:)
Masukkan 4 1/2 cawan santan,gula dan jagung kedalam blender dan blend hingga hancur.
Kemudian masukkan tepung kastad dan garam,gaul hingga sebati supaya  tidak berketul-ketul.
Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan  hingga adunan berkilat dan likat. Hendaklah selalu dikacau agar adunan tidak hangus.
Tuangkan dalam loyang dan biarkan ianya betul-betul sejuk baru dipotong








Tidak ada komentar:

Posting Komentar