Jumat, 09 September 2011

Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri dan Petai






Masa ke Giant tadi, terpandang ikan tenggiri batang, jadi teringin pulak nak membuat masakan lemak cili padi  ikan tenggiri dengan petai kerana masih ada petai yang belum dimasak di dalam peti ais.  Walaupun ikan tenggiri yang sedap adalah ikan tenggiri papan tapi, sebab hanya ada tenggiri batang, pun boleh lah.

Kalau masak lemak, saya memang suka blend kasar bahan bahan kisar dan kuahnya pulak dibuat lebih pekat, baru lebih kick, gitu. Kalau nak diblend halus pun boleh juga. Bagi anak anak yang baru nak belajar memasak, bahan yang diperlukan adalah cili padi, kunyit hidup, asam keping dan garam sahaja. Masuk la petai, tomato dan daun kunyit jika suka.

Memang sedap sangat masak lemak tenggiri bila dimasukkan petai. Macam kena sangat kombinasinya.  Kalau nak tahu rasanya, boleh la cuba sekali ... Resepi oleh sahabat baik saya, Yarina.

Sekian. Kejap lagi saya nak berbuka puasa dengan nasi putih, masak lemak tenggiri dan telur dadar, pun dah cukup  ...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar