Salah satu resepi puding yang menarik hati saya untuk juadah pencuci mulut majlis rumah terbuka kami ialah Puding Pelangi. Tetapi setelah diteliti resepinya, didapati bahan bahan nya lebih kurang sama dengan puding batik yang biasa saya buat sebelum ini. Oleh kerana resepi tersebut sudah kena dengan selera saya, saya menyediakan puding pelangi menggunakan resepi puding batek.
Hahaha tapi jangan lah tersenyum pulak ya, kerana pelangi ada 7 warna, tapi puding saya hanya ada tiga warna sahaja, iaitu warna coklat, merah dan kuning sahaja. Penampilan nampak berlainan dan menarik bila warna diubahsuai. Betul tak? Jom kita layan, gambar gambar di bawah. Resepi boleh rujuk pada entri Puding Batik ya ..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar