Tampilkan postingan dengan label Agar agar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Agar agar. Tampilkan semua postingan

Jumat, 23 September 2011

Agar Agar Santan Pandan





As salam semua. Lama tak berblog kerana hari minggu lepas, sibuk dengan jamuan makan di rumah dan juga majlis rumah terbuka alumni. Bila dah masuk minggu baru, sibuk pula dengan urusan pejabat. Anak anak pula memulakan aktiviti masing masing, Nellisa masuk kolej untuk semester baru, Nana menjalani program attachment di Hospital Universiti, Juita mula persekolahan di sekolah baru dan Aween menduduki peperiksaan UPSR. Boy pula sudah balik ke kolej.

Aktiviti memasak dan berblog terhenti seketika. Lagi pun terlalu banyak makanan di rumah kami. Jika dibuka kedua dua peti sejuk, memang banyak benda yang boleh dimakan.  Tapi saya kena mulakan juga aktiviti saya kerana saya perlu menyediakan juadah untuk hiasan dining table. Nak tahu lebih lanjut kena tungguuuu .... bagi suspen sikit.  Selain itu, saya merasa gembira dapat mengemaskini blog saya dengan masakan sendiri walaupun menggunakan resepi simple. 

Berbalik kepada agar agar pandan bersantan, ini adalah resepi kesukaan saya.  seperti juga resepi agar agar santan gula melaka, cuma diganti dengan air daun pandan.  Saya sebenarnya dari kecil biasa buat agar agar menggunakan agar agar bertali. Jadi bila guna agar agar serbuk, rasa macam tak sekental menggunakan agar agar bertali, jadi resepi kali ini saya gunakan agar agar bertali.

Jom kita layan gambar gambar dan resepi di bawah ...



Agar agar Santan Pandan

Bahan-bahan
20 gm agar-agar strips (boleh direndam seketika, jika mahu)
4 1/2 cawan air
1 1/3 cawan gula [boleh kurangkan jika tak suka manis]
2 cawan jus pandan (blend 5 helai daun pandan)
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
setitik dua pewarna hijau jika suka

Cara-cara
Rebus agar-agar bersama air sehingga agar-agar tadi hancur. Masukkan gula dan masak lagi sehingga larut. Tapis ke dalam periuk lain dan didihkan semula.
Blend telur, garam, jus pandan dan santan.
Setelah agar-agar mendidih, tuang bahan blend ke dalam periuk agar-agar dan kacau sehingga mendidih. Angkat.
Tuang ke dalam loyang dan sejukkan sebelum dipotong.









Sabtu, 10 September 2011

Agar agar Kastard




Saya sukakan agar agar atau puding yang beraneka warna atau bercorak. Memang teruja untuk membuat dengan cantik kerana saya bukan lah seorang yang berseni tetapi saya seorang yang praktikal yang mementingkan rasa dan masa yang cepat disediakan dari hanya berpenampilan menarik tetapi rasanya tidak seberapa.

Resepi ini saya perolehi dari internet semasa mencari resepi agar agar yang berwarna warni.Lebih mudah disediakan warna warni nya dengan hanya memercikkan pewarna. Sedap di makan sejuk ..

AGAR-AGAR KASTARD

Bahan-Bahan:
1 pack agar-agar (20 gram)
6 cawan air
12 sudu makan gula
1/2 tin susu cair
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh pewarna merah )
1 sudu teh pewarna hijau ) untuk hiasan
sedikit coklat cair )

Cara-caranya :

Masak agar-agar bersama gula sampai mendidih dan semuanya larut
Masukkan tepung kastard , kuning telur dan susu cair dalam agar-agar tadi....kacau selama 5 minit hingga mendidih.
Setelah mendidih matikan api dan tuang ke dalam loyang... setelah itu percikkan pewarna ikut kreativiti sendiri.
Biarkan sejuk dan sedia untuk di makan



Jumat, 02 September 2011

Agar agar Santan Gula Melaka



Dunia masakan kini menjadi lebih mudah selari dengan kecanggihan teknologi.  Jika dulu untuk memasak agar agar, kita menggunakan agar agar bertali tapi kini lebih mudah dengan agar agar serbuk sahaja.  Tak perlu lagi ditapis selepas dimasak agar agar bersama gula. Agar agar santan gula Melaka dan agar agar santan pandan adalah agar agar kesukaan saya.  Saya suka memakan bahagian atas yang berlumut. 

Saya mula belajar membuat agar agar ini dari sepupu, Hayanim.  Pada masa tersebut, resepi menggunakan kelapa parut dan diramas bersama sama telur sebelum diperah santannya.  Kini memasak menjadi lebih pantas dengan menggunakan santan kotak atau santan serbuk sahaja. Jom lihat resepi di bawah ... 

Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1100 ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan Kara (atau guna 200ml santan kotak)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Caranya:
  1. Masak air dengan gula dan daun pandan
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih dan nampak seperti berbintil bintil
  5. Tuang kedalam acuan yang anda suka
  6. Sejukkan dan dipotong untuk dihidangkan 
  
 



 

Jumat, 26 Agustus 2011

Agar Agar Pelangi



Hidup ini sungguh mengujakan... setiap hari ada sahaja perkara baru yang dipelajari dan mahu dipelajari. Pembelajaran adalah aktiviti yang berlaku sepanjang hayat.  Keinginan untuk belajar dan mencari sesuatu yang baru menjadikan diri kita sentiasa segar bertenaga dan looking forward. Panjang pulak mukaddimah nya. 

Bermula apabila boss di pejabat memberikan 1 kotak kuih seorang kepada setiap staf sempena menyambut kedatangan syawal. Apabila dibuka, terlihat kuih yang sangat indah dengan bau yang amat menggoda.  Hmmm ... agar agar pelangi. Kebetulan hari itu, kami terlambat sampai ke rumah kerana terpaksa mengambil Boy dari Hentian Bas Sungai Besi yang pulang bercuti.  Apalagi kami tiga beranak berbuka puasa dengan agar agar pelangi di dalam kereta.  Agar agar yang sejuk dingin memudahkan ianya masuk ke mulut satu persatu ...


Hari ini saya melihat lihat gambar dan resepi agar agar pelangi di internet dan blog blog.  Mak oii cantik cantik dan berwarna warni, lagi saya teruja untuk mencuba nya sendiri. Tapi ada kesilapan teknik sikit la, agar agar keras walaupun menggunakan api yang kecil, jadi la warna putih sebagai warna atas sekali agar agar pelangi Azie Kitchen. Jom layan gambar dan resepi di bawah yang digabung dari beberapa resepi ...  

Agar Agar Pelangi
  • Bahan A
  • 2 sudu makan serbuk agar2
  • 1200 ml air
  • 200 gram gula (boleh kurangkan)
  • Pewarna- hijau, merah dll
  • Beberapa helai daun pandan
  • Bahan B
  • 2 sudu makan serbuk agar2
  • 400 ml santan
  • 800 ml air
  • 200 gram gula (boleh kurangkan)
  • 1/2 sudu teh garam
  • Bahan C
  • Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
  • Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan
  • Gelas penyukat

Cara-cara

  1. Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
  2. Kemudian tapiskan..letak dalam mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
  3. Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
  4. Dah masak..masukkan santan dan garam..didihkan sekejap sahaja. Buat spt bahan A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil supaya sentiasa cair dan mudah dibancuh pewarna
  5. CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak setetes pewarna..masukkan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
  6. Lapisan pertama dah agak keras, lorek2 permukaan agar2 yg dah agak keras tadi dengan garfu supaya lapisan akan melekat. Sukat lagi 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang.. biarkan dalam 5 minit
  7. Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tapi setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nak letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dah keras mesti dilorek2 dgn garfu.  Agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...
  8. Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin...