Saya teringin sekali belajar buat pulut kuning tapi rasanya malas pulak nak kukus. Maklumlah tak ada pembantu rumah! penat juga nak membasuh pengukus kemudiannya. Jadi bila terjumpa resepi pulut kuning ekspress, terus ingin mencuba. walaupun percubaan pertama macam berkerak sikit kerana lambat mengeluarkan dari rice cooker selepas pulut masak, namum saya sangat gembira kerana berhasil memasak pulut kuning. Insya Allah, lain kali, saya akan kukus pulut seperti yang sepatutnya. jom layan ....
PULUT KUNING EKSPRESS
Cara masak pulut kuning cepat..tapi hasilnya sama seperti di kukus.
Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
pewarna kuning
Cara-cara
Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
Setelah mendidih..gaul pulut supaya tak berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
Selamat mencuba!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar