Sabtu, 03 September 2011

Sambal Kerang



Kerang adalah makanan kegemaran anak bongsu saya, Aween. Kerang ini dibeli di Giant yang bersaiz besar dari biasa saya beli.   Atas permintaan beliau, kerang dimasak sambal dan dimakan dengan nasi putih panas panas.  Best nyer, maklumlah first time makan tengahari selepas sebulan berpuasa.  Jom layan resepi dan gambar nya ... 

Sambal Kerang

Bahan bahan
Kerang
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih

Halia
Asam keping


Semua bahan di atas di blend.  Tumis semua bahan kisar hingga cili garing dan masak. Masukkan sedikit air,  kerang, asam keping, garam dan gula. Masak hingga sebati dan siap.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar