Minggu, 18 September 2011

Sambal Tumis Telur


siap dihidangkan


musim raya ni, masak camni pun sedap ...
 Balik dari Bukit Beruntung membeli ikan kelah untuk kolam rumah kami, tengok masih ada udang goreng tepung yang diberi oleh jiran dan nasi juga sudah ditanak oleh my daughter. Terfikir sedap juga kalau makan nasi putih ni. Maklumlah rumah terbuka, hanya makan nasi beriani, sate dan lain lain kuih muih. Baru teringat yang dah beberapa hari tak menjamah nasi putih.

Jadi bila terfikir nak masak, memikir pula apa yang nak dimasak? orang macam saya yang jarang masuk dapur ni, resepi bukan ada dalam kepala.  Hanya ada beberapa resepi jer yang ada dalam kepala iaitu resepi kegemaran keluarga seperti kari, masak lemak cili padi, sambal tumis.  Yang lain lain, alamak kena rujuk nota ler...  Jadi cepat cepat google semak resepi untuk bagi idea apa yang nak dimasak.

Hmmm susah sangat buat jer telur sambal tumis yang saya nak masak masa jamuan Nana tapi tak jadi kerana dah banyak lauk pauk hari tu.  Jom kita tengok resepinya walaupun semua orang dah tahu la resepi ni, semudah ABC jer

Sambal Tumis Telur

Bahan bahan
4 biji telur direbus, kelar dan goreng
cili kisar
5 bawang merah
3 bawang putih
sedikit air asam jawa
Garam dan serbuk perasa
Bawang besar dihiris

Telur dikupas kulit, kelar sedikit dan digoreng hingga menggerutu.  Panaskan minyak tumiskan bawang merah dan bawang putih yang diblend.  Sesudah wangi, masuk 3 sudu cili kisar, goreng dengan api perlahan hingga cili betul betul masak.
Masukkan gula terlebih dahulu untuk menjadikan sambal berwarna merah sebelum masuk garam, air asam dan serbuk perasa. Masukkan sedikit air dan bawang besar hiris.
Sesuaikan rasa dan kepekatannya.  Hingga naik minyak, boleh la diangkat


Tidak ada komentar:

Posting Komentar