Resepi ini saya simpan berpuluh tahun lamanya. Saya belajar dari kawan sepejabat saya, Kak Kamariah yang waktu itu bertugas di klinik di mana pada satu pot luck party di pejabat dia telah membawa kuah kacang dengan ayam. Oleh kerana rasanya yang sangat sedap, saya minta beliau memberi resepi dengan anggaran sukatan bagi memastikan ketepatan rasa kuah kacangnya. Sejak dari itu, saya membuat kuah kacang resepi keluarga saya menggunakan resepi beliau. Kata Kak Kamariah, kuah kacang mesti rasa manis manis sikit, baru ada kick.
Kuah kacang kali ini dimasak oleh Nana dengan dibantu oleh Juita. Hahaha saya cuma membeli barang barang dan bahan yang diperlukan sahaja. Jom kita lihat resepi dan gambar gambarnya ....
Kuah Kacang dengan Daging
Bahan bahan
1 ekor ayam (grill sekejap atau guna daging)
1/2 kilo kacang tanah (goreng tanpa minyak dan tumbuk)
Bahan kisar
9 bawang merah
3 bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 cawan cili kisar
1 gelas (dari 1 kepal) air asam jawa
1 cawan gula
2 sudu besar garam
3/4 cawan minyak mazola
1/2 kilo kacang tanah (goreng tanpa minyak dan tumbuk)
Bahan kisar
9 bawang merah
3 bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 cawan cili kisar
1 gelas (dari 1 kepal) air asam jawa
1 cawan gula
2 sudu besar garam
3/4 cawan minyak mazola
Tumis bahan kisar hingga wangi dengan minyak mazola, setelah wangi masukkan cili giling, goreng lagi hingga garing.
Masukkan daging yang dihiris kecil dan direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Masukkan sedikit air dan kacang tanah, air asam jawa, gula, garam.
Masak dengan api perlahan dan sesuaikan kepekatannya. Siaaap...
Masukkan daging yang dihiris kecil dan direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Masukkan sedikit air dan kacang tanah, air asam jawa, gula, garam.
Masak dengan api perlahan dan sesuaikan kepekatannya. Siaaap...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar