Walaupun tidak mengadakan majlis rumah terbuka, beberapa orang teman rapat telah menelefon ingin berkunjung ke rumah untuk berhari raya. Kebetulan sekali, Nana mengadakan jamuan raya khas untuk kawan kawan sekolah dan kawan sama universiti, jadi kedatangan mereka diraikan dengan pelbagai juadah. Kami sangat gembira kerana tetamu datang membawa rezeki ke rumah dan rahmat yang melimpah.
Walaupun majlis makan Nana menggunakan khidmat katering kerana saya memang tak larat memasak tanpa pembantu rumah, namun begitu, saya menyediakan juga beherapa juadah pencuci mulut berupa puding batek dan agar agar kastard serta juga rendang ayam yang dimakan bersama lemang sebab hubby kata kalau tak ada lemang, macam tak terasa suasana raya. Sebenarnya majlis ini dibuat di saat akhir atas permintaan Nana. Tapi kerja menjadi mudah kerana anak anak turut membantu memasak dan mengemas rumah. Sebagai ibu yang mementingkan kebahagiaan keluarga, saya cuba memenuhi keinginan beliau. Maklumlah sejak dia balik bercuti, saya sibuk urusan di pejabat. Kita perlu sentiasa berkorban masa dan wang ringgit demi anak anak kerana kita bekerja dan bertungkus lumus mencari rezeki juga untuk kesenangan anak anak. Dalam hidup kena ada keseimbangan kerana wang bukan segala galanya walaupun segala galanya memerlukan wang.
Haaa panjang pulak celoteh pagi ini, al maklum lah setiap hari kita kena berazam untuk berbuat kebaikan .... Berbalik kepada sahabat karib dan famili yang mengunjungi, kami sangat berbesar hati dengan kunjungan dan merasa amat terharu.
Haaa panjang pulak celoteh pagi ini, al maklum lah setiap hari kita kena berazam untuk berbuat kebaikan .... Berbalik kepada sahabat karib dan famili yang mengunjungi, kami sangat berbesar hati dengan kunjungan dan merasa amat terharu.
bersama Suraya yang datang bersama anak gadisnya |
Hubby bersama Shah dan Dinda yang suka berposing |
Kunjungan Raja Shah & Feeza yg pertama selepas berpindah |
hidangan yang ringkas sahaja |
dari sudut berbeza |
Feeza yang lama tak bersua |
Terima kasih atas kunjungan En Abu Hassan & Sidah |
lagi gambar bersama kawan kawan sepejabat |
kami makan di dapur secara santai saja |
My best friend Norsidah yang bertambah anggun |
Bakal bakal doktor.. |
Kawan kawan Nana dari USJ |
As, Tihani dan Farhan turut mengunjungi |
Dato Abu dan Datin Ros singgah minum teh |
Cheq, Kahar dan Dannia mencari laksa asam ... hahaha lain kali ya |
Din tetamu terakhir .. tetap sahabat sejati |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar