Hari ini saya masak sup gear box atau kalau di Kelantan dipanggil Sup Kaki Lembu, makanan kegemaran saya sejak kecil. Gear box ini didatangkan dari Kelantan. hahaha bila kaki lembu dari Klate baru best, dagingnya banyak dan segar. Abang saya yang membawanya dari Kelantan. Bila daging segar, kita dapat rasakan baunya semasa merebus lagi. Saya malas nak membeli kaki lembu di sini, pertamanya kerana tidak banyak isi. Isinya dilapah licin hingga tinggal tulang jer. Yang kedua, tak segar. Bila direbus jer, kita dah tahu yang ianya daging yang dibeku. Berbeza dengan Kelantan, lembu disembelih hari hari, jadi memang tak jadi masalah untuk mendapatkan bekalan daging segar.
Teringat zaman dulu, bila keluarga membuat qorban, arwah my father akan membawa balik kaki lembu dan dibakar di atas api terlebih dahulu, di kikis kulit bahagian kaki. Lepas itu dipotong dan direbus. Tapi kini segalanya lebih mudah, saya tak tengok lagi ada orang membakar atau menyalai kaki lembu. Segalanya dipermudahkan ...
Teringat zaman dulu, bila keluarga membuat qorban, arwah my father akan membawa balik kaki lembu dan dibakar di atas api terlebih dahulu, di kikis kulit bahagian kaki. Lepas itu dipotong dan direbus. Tapi kini segalanya lebih mudah, saya tak tengok lagi ada orang membakar atau menyalai kaki lembu. Segalanya dipermudahkan ...
Kalau gear box, memang hanya sedap dimasak sup. Kalau tulang rusuk, boleh juga dibuat singgang. Jadi hari ini, saya hanya memasak sup supaya kuahnya dapat dihirup dan dirasakan kemanisan daging segar. Cara membuat sup, semua orang pun tahu. Tapi tak apa lah, saya kongsikan cara saya memasak sup ya. Jom layannn ...
Sup Gear Box
Kaki lembu dipotong
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Perencah Sup serbuk
Rempah menumis
Garam
Bawang goreng
Daun sup
Kaki lembu direbus hingga empuk.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang. Bila garing, masukkan rencah sup serbuk. Goreng dengan api perlahan hingga garing dan berbau wangi.
Selepas itu, tuangkan semuanya ke dalam periuk tulang kaki tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa.
bahan bahan diperlukan |
buat bawang goreng |
tulang kaki direbus |
masukkan perencah sup ke dalam rebusan tulang |
Potong kecil dan siap dihidang |
jangan lupa bawang goreng dan daun bawang |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar