As salam pagi Ahad untuk semua. Semoga hari ini menceriakan hidup kita semua. Hari ini tak ada apa apa rancangan cuma bercadang untuk ke One Utama mencari hadiah untuk anak kawan yang akan melangsungkan perkahwinan di hujung minggu ini. Jadi pagi pagi saya dah ke dapur untuk membuat kuih keria menggunakan baki ubi keledek semalam dan juga kuih donut.
Bercakap mengenai kuih donut ni, macam mana timbul idea nak membuatnya adalah kerana melihatkan bentuk kuih keria yang sama bentuk dengan kuih donut, lagi pula kuih keria yang dibuat semalam sedap sekali, itu yang terasa nak mencuba buat kuih donut pula. Malam tadi sebelum tidur, saya membelek belek resepi dalam internet. Terpandang Donut Gebu tradisional yang ditulis oleh Norashikin di SINI. Saya tertarik dengan apa yang ditulis, donut "dijamin gebu sampai esok". So catchy. Tambahan pula komen komen orang dah mencuba nya, semua nya berpuashati dengan resepi ini. Apalagi pagi pagi dah minta my son drive ke kedai mencari yis mauripan sebab hubby masih kat kampung. Saya memang tak pernah membeli yis ini, jadi tak ada stock dalam kitchen store kami ....
Mudah sekali membuat donut ini dan seronok bila tengok doh mengembang sekali ganda saiznya. Cuma lain kali kena belajar lebih bersabar bagi menghasilkan donut yang bentuknya bulat cantik. Hahaha kesabaran memang kurang sikit pada saya, semenjak dua menjak dulu lagi. Mesti nak cepat jer. Apa apa pun rasanya memang lembut dan gebu. Jom kita tengok resepi dan gambar gambarnya sekali. Hobi saya kan mengambil gambar gambar ....
Donut Gebu
sumber: norashikin
Bahan-bahan (untuk 34 biji)
1 kg tepung gandum
1 pkt yis segera mauripan (11g)
2 sb susu pekat manis
1/2 st garam
1/2 cwn minyak masak
550 g air bertapis
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam
Cara cara
Larutkan garam, susu ke dalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.
Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.
Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.
Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan
Tunggu suam (dalam 2 minit diangkat) sebelum digaulkan dalam gula caster bagi mengelakkan gula cair melekat. Atau boleh juga dihias sesuka hati anda sebelum dihidang
Tips
Kita boleh menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menggoreng donut ini sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya. Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal. Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.
Untuk simpanan dalam jangka pendek, hanya perlu disimpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.
Campurkan susu, garam ke dalam air |
Yis digaul rata dengan tepung gandum |
Tuang setengah cawan minyak masak dn gaul rata |
Tuang bancuhan susu tadi |
Setelah bergaul rata, diuli menjadi doh |
Adunan mengembang selepas dibiarkan selama 30 minit |
Bahagikan adunan |
Bentukkan kuih donut |
Rehatkan 1/2 hingga 1 jam |
Dah siap dihidangkan |
Lembut terutama bila makan panas panas |
Haa tengok tuu ... |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar