Selasa, 18 Oktober 2011

ETHICA sebagai Sukarelawan Koreksional Jabatan Penjara Malaysia









ETHICA, Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga UM telah mengorak langkah se tapak ke hadapan dengan memanjangkan aktiviti aktivitinya ke dalam aktiviti berbentuk kebajikan.  


Sebagai permulaan, seramai lebih kurang 20 orang ahli ETHICA telah mengisi borang keahlian sebagai Sukarelawan Koreksional Jabatan Penjara Malaysia (JPM) semasa majlis perjumpaan di Kantin Sahor Kolej Ketiga pada 14 Oktober 2011. Idea ini dicetuskan oleh Timbalan Ketua Pengarah JPM, Dato Hassan Sakimon yang juga merupakan ahli ETHICA.  Presiden ETHICA, Encik Abdul Ghani Shahbudin telah memberi sokongan kepada ahli ahli untuk melibatkan diri dalam program tersebut sebagai sokongan kepada JPM.  Semasa perjumpaan tersebut, Encik Supri yang bertugas sebagai pegawai JPM telah dijemput untuk memberi taklimat ringkas berkenaan dengan Sukarelawan Koreksional JPM tersebut. Antara matlamat sukarelawan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada bekas banduan untuk menjalani kehidupan selepas keluar dari penjara.


Diharapkan banyak lagi aktiviti kebajikan menjadi pengisian aktiviti ETHICA di masa masa akan datang.  Maklumlah di samping bergembira, kita jangan sesekali melupakan segmen segmen di dalam masyarakat yang mengharapkan salam dan huluran tangan kita ... Tahniah ETHICA dengan permulaan yang baik, bergembira sambil beramal. Jom layan gambar gambar sekitar pertemuan yang diadakan ... jom






Tidak ada komentar:

Posting Komentar