Cookie |
Makan HPW ... diperbuat dari madu |
Sekarang ini, masa untuk ke dapur agak terhad kerana balik dari pejabat sudah teramat kepenatan. Jadi saya hanya membuat entri biasa bagi membuat pengisian blog saya. Hmm pasal apa ya? OK lah kita bercerita pasal Cookie dan Bella, sugar glider yang satu masa dulu jadi kegilaan anak bongsu kami, Aween. Bella adalah home breed sugar glider yang dibeli semasa berumur 2 bulan. Manakala Cookie pula, sugar glider jantan yang dibeli dari Suggie Shop. Mereka hanya diletak dalam sangkar yang sama setelah Bella berumur 8 bulan.
Apa yang nak diceritakan ialah sugar glider perlu dibelai dan dimanja. ia dapat mengenal pasti bau tubuh badan tuannya. Kerana kemaruk dengan macam macam gadget Aween dah lama tidak bermain dengan sugar glider terutama Bella. Saya terkejut bila satu hari semasa di pejabat, menerima sms mengatakan Bella sudah mati. Saya sangat bersedih dan terkilan.
Sebaik sampai di rumah terasa tak sampai hati untuk melihat Bella. Saya minta hubby untuk uruskan supaya Bella dikebumikan. Biasanya hubby akan ambil dari poach dan terus dimasukkan dalam plastik dan habis cerita ... Ntah macam mana hari itu, hubby tak buat begitu dan terperasan yang Bella masih hidup cuma dalam keadaan lemah. Cepat cepat kami membawa dia ke klinik. Yang nak di share hari ini adalah bagaimana sehingga ke saat ini, saya masih fobia bila mengingatkan kemungkinan Bella ditanam hidup hidup. Aduhaiii kenapa sampai jadi macam tu, Aween oii ... Dah banyak duit dibelanjakan sekarang terbiar sahaja. Jadi kami sepakat untuk menghantar ke Suggie Shop sebagai anak angkat mereka. Semoga gembira selalu Cookie dan Bella, kami akan sentiasa merindui kalian. Tiada lagi rutin saya yang tiap malam akan bertanya, Aween ... dah bagi makan sugar gliderrrrr? Apa yang kami buat adalah yang terbaik untuk kesejahteraan kalian. Luv uolls ...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar