Semasa mencari cari resepi cup cake, saya terjumpa satu tag line yang ditulis, sangat mudah dan gerenti sedap menyebabkan saya teringin sekali untuk mencuba. Hari hari mengajak hubby ke Giant untuk membeli bahan bahan yang diperlukan.
Kebetulan jiran saya, Datin Ros mengajak ke rumahnya malam nanti untuk sessi sembang sembang kejiranan yang banyak kali dibuat bagi mengeratkan hubungan dan silaturrahim. Memandangkan Datin Ros adalah kawan baik saya, berhajat untuk membawa buah tangan yang dimasak sendiri. Jadi bangun pagi pagi saya telah mula membuat cup cake walaupun berjanji dengan Juita untuk membuatnya bersama sama.
Ini lah kali pertama saya membuat cup cake dan Alhamdulillah menjadi. Lepas ini saya akan mencuba resepi cupcake Nigella Lawson pula. Saya tak membuat isingnya untuk kali ini. Jom layan resepi dan gambar gambarnya ...
Vanilla Cup Cake
sumber: Myresepi
Bahan-bahan
150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla
Untuk ising:
100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
Cara-cara
Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati
Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice
Tidak ada komentar:
Posting Komentar