Walaupun sampai rumah hari ini hampir pukul 8 malam, saya terus masuk ke dapur sebaik solat maghrib dengan tak sempat menyalin baju kerja. Semangat tengah berkobar ni untuk memasak apam terutama apam gula hangus yang saya jumpa resepinya semasa waktu makan tengahari tadi. Seperti biasa, saya jarang sekali keluar lunch.
Apa yang saya nak katakan berkenaan apam ini adalah sedap dan gebu sekali. Sangat sangat gebu, dua tiga ketul masuk mulut pun tak terasa. Hubby pun mencukai beberapa biji semasa saya sedang menyediakan teh O. Saya seronok kalau hubby dan anak anak suka makan masakan atau kuih yang saya masak. Cuba lah kalau nak tahu bagaimana enaknya dan gebunya apam ini. Ya amfuuun, sedap bangat. Cuma bentuknya tu jer kena improve kerana mungkin terlebih masukkan adunan, bila mengembang dah terkeluar dari acuan. Jom, layan resepinya ...
Apam Gula Hangus
sumber: Potret Kasih
Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 15 minit sahaja.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar