Senin, 03 Oktober 2011

Jalan jalan Cari Makan di Kota Singa




Setelah lama tidak berblog dek kesibukan tugas dan lain lain urusan keluarga di kampung, kini saya membuat entri dari Kota Singa. Kami anak beranak berada di Singapura dari 1 Oktober. Best best sesangat. Hari pertama kami tinggal di Hotel Grand Central yang berada di tengah tengah kesibukan Jalan Orchard, syurga membeli belah. Hari hari selebihnya kami tinggal di Marina Bay Sand Hotel, hotel terbaru di sini.

Seperti biasalah, kami mencari tempat tempat makan yg best. Kebetulan hari pertama ketibaan kami di sini, sahabat karib kami Finar kebetulan berada di sini, apalagi beliau lah yang telah membawa kami ke tempat tempat makan yang menarik. Kami telah ke Adam Food Centre yang berada agak jauh dari kawasan bandar, berbaloi sesangat kerana mee rebus dari geria Siti Nur Liyana, sangat sangat best. Selain itu, kami juga memesan Beef Stick, daging berwarna merah kerana dimasak dengan tomato puree, Bone Stick yang meningkatkan tahap kolesterol kami dek menghirup tulang sum sum menggunakan straw, bukan apa takut terpercik ke baju kerana warnanya yang merah menyala hingga melekat di tangan tentunya sukar membasuhnya jika melekat di baju.

Kali kedua kami mengunjunginya, banyak gerai ditutup, hmm kempunan lah pulak. apa pun, kami order, sup campur yang sangat sedap. Ada kambing, perut, gear box dan daging, cicah dengan roti. Fuuhh best sangat Anak anak pulak order kambing dan mee rebus yang juga berwarna merah. Pendek kata di sini semua masakan berwarna merah lah. aduish, jangan pakai baju berwarna putih kalau ke sini. Stress dibuat nya, nak makan pun tak lalu apalagi kalau berbaju mahal.

Tapi apa yang nak cerita murtabak sardin yang hubby beli dari Kedai Victory Arab Street amat amat lah sedap nyer, kerana saya ni, kalau apa apa sardin mesti layan habis ... Dulu masa saya ke sini, cari murtabak sardin kat kedai yang famous di Arab Street, tak ada best, cuma rasa macam roti sardin saja.

Jom lah kita layan gambar gambarnya, dari banyak sangat celotehnya ... jom jom



Mee rebus yg yummy

close up mee rebus


mee rebus lagi


mee goreng mamak pun ada, merah juga

Beef stick yg popular

Murtabak sardin Arab Street



Tengok sardin nya


sardin lagi


sup campur


gear box pun ada



Mutton chop, sedap weh


Mee kuah pun berwarna merah ...


Mee kuah laagi


Bone stick


Bone stick lagi


cuba teka apa ni?


Ini lah tulang sum sum


Tidak ada komentar:

Posting Komentar