Jumat, 28 Oktober 2011

Kuih Cek Mek Molek






Bangun pagi pagi hari sabtu, saya terus ke dapur.  Berkobar kobar nak mengerjakan ubi stellor (ubi keledek lah weh) yang dibawa abang saya dari Kelantan.  Nak buat kuih Cek Mek Molek lah.  Kuih Cek Mek Molek adalah kuih yang biasa dibuat semasa saya kecil dahulu. Maklum bahan bahannya mudah. Kadang kadang arwah my father tanam sendiri jer ubi keledek tu. Kuih ini kalau di kampung saya, bukan saja dimakan sebagai hidangan petang tetapi juga sebagai kuih untuk sarapan pagi.

Setiap kali balik Kelantan, saya memang tak lupa untuk membeli satu bag ubi keledek kerana harganya teramat murah berbanding dengan di KL. Jadi macam macam kuih yang menggunakan keledek saya ajar pembantu rumah untuk membuatnya. Selain cek mek molek, boleh juga digoreng sebagai kaki ayam. Keledek dipotong kecil dan panjang seperti jari telunjuk dengan tepung beras, ala seperti menggoreng pisang tu ... Atau boleh juga dibuat sayuran dengan pucuk manis ke. Hmmm sedap tu. atau ubi keledek direbus dan dimakan gitu saja sebagai sarapan. Pendek kata macam macam boleh buat lah dengan ubi keledek ni.

Jom kita layan resepi dan gambar gambar nya ...


Kuih Cek Mek Molek

Bahan bahan
ubi keledek oren
tepung gandum
sedikit gula

Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.

Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya.  Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  

Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 

Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 

Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.


Ubi dipotong potong sebab terlalu besar



Direbus hingga empuk



Sejukkan dulu



Buangkan lah kulitnya


Tumbuk ubi rebus tadi


Dah siap ditumbuk




Gaulkan dengan tepung gandum


Adunan dah siap


Bentukkan kuih cek mek molek



Masukkan sesudu gula



Adunan siap dibentukkan


Tunggu untuk digoreng



Goreng dengan api perlahan



tadaa siappp


Lihat air gula di dalamnya



Tidak ada komentar:

Posting Komentar