Selasa, 25 Oktober 2011

Kek Gula Hangus





 
 

  



Sebenarnya kek gula hangus yang dulu saya panggil kek sponge masa saya kecil kecil adalah antara kek pertama yang saya masak semasa saya mula belajar membuat kek. Masa tu saya berada dalam darjah enam. Dulu saya menyimpan duit sendiri untuk membeli bahan membuat kek dan membakarnya pula menggunakan sabut kelapa yang dibakar di atas tudung periuk. Kek ini adalah kek kegemaran saya. Saya masih menyimpan resepinya di dalam buku resepi saya sejak zaman kanak kanak. Tapi untuk membuat kek hari ini, saya menjenguk jenguk resepi kek gula hangus yang terdapat di dalam internet. Tak salah membuat perubahan kerana zaman dulu, saya menggunakan resepi yang terdapat dalam majalah tapi kini resepi yang dikongsi oleh kita semua.

Seingat saya, sejak berkahwin saya tidak pernah lagi membuat kek ini kerana di KL, banyak terjual, kalau sekadar untuk makan seketul dua, beli lagi untung. Tapi kerana saya ingin menyediakan kuih muih untuk hidangan semasa cuti Deepavali, teruja la untuk membuatnya. Berbalik pada resepi internet, masa saya membuatnya dulu, tak ada peram peram ni semua tapi kini saya tengok ada peram beberapa jam. Jadi saya cuba peram adunan untuk melihat sendiri kelainannya.


Saya sangat berpuas hati dengan kek yang dihasilkan, sangat fluffy, secukup rasa kemanisannya dan sangat sedap.  Cuba la masakkan kek ini untuk dihidangkan pada keluarga  tersayang, pasti mereka menggemarinya.  Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya ...

Kek Gula Hangus

125 gm butter
5 biji telur 
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara cara:
Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus ke dalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.



ayak tepung gandum dg soda bikarbonat



butter yang dicairkan



susu pekat, babe



Gula hangus



Telur dikacau dan dituang butter yang dicair



Masukkan tepung dan air gula hangus



Adunan yang ditapis diperam selama 3 jam






Tidak ada komentar:

Posting Komentar