Tampilkan postingan dengan label Kek. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kek. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Oktober 2011

Butter Cake







Butter Cake adalah kek kegemaran saya sejak dulu dan saya sentiasa ingin membuat kek butter yg moist dan lembut. Sehingga saya berjaya membuat kek lembab yang sedap, saya akan terus mencuba resepi resepi yang ditemui.

Sempena cuti Deepavali esok, saya memasak kek butter sebaik sahaja sampai di rumah. Dengan tak disangka sangka, abang saya dari kampung mengunjungi rumah kami. Semasa saya membuat keputusan untuk memasaknya, saya langsung tak ingat yang mereka akan datang, jadi tepat sangat keputusan untuk membuat kek hari ini. Boleh dijadikan hidangan kami. Kalau tidak, alamak saya lah yang kena menghabiskan kek ini kerana anak anak tidak berapa  menggemari kek. Jom kita layan resepi yang saya salin dari internet  ...

Butter Cake

Bahan-bahan
250 gm buttercup
250 gm gula halus
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan susu segar

Cara-cara
pukul butter bersama gyula sehingga kembang.
kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.
apabila sudah sebati masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
akhir sekali masukkan susu segar dan gaul sebati.
masukkan adunan kek ke dalam acuan dan bakar suhu 180 selama 40 minit. 


adunan gula dan butter setelah dimasukkan telur dan esen vanila


masukkan tepung dan susu segar


Sedang dimasak


Taadaaa siap



habis dimakan panas panas



Butter cake yang berwarna warni





Kek Gula Hangus





 
 

  



Sebenarnya kek gula hangus yang dulu saya panggil kek sponge masa saya kecil kecil adalah antara kek pertama yang saya masak semasa saya mula belajar membuat kek. Masa tu saya berada dalam darjah enam. Dulu saya menyimpan duit sendiri untuk membeli bahan membuat kek dan membakarnya pula menggunakan sabut kelapa yang dibakar di atas tudung periuk. Kek ini adalah kek kegemaran saya. Saya masih menyimpan resepinya di dalam buku resepi saya sejak zaman kanak kanak. Tapi untuk membuat kek hari ini, saya menjenguk jenguk resepi kek gula hangus yang terdapat di dalam internet. Tak salah membuat perubahan kerana zaman dulu, saya menggunakan resepi yang terdapat dalam majalah tapi kini resepi yang dikongsi oleh kita semua.

Seingat saya, sejak berkahwin saya tidak pernah lagi membuat kek ini kerana di KL, banyak terjual, kalau sekadar untuk makan seketul dua, beli lagi untung. Tapi kerana saya ingin menyediakan kuih muih untuk hidangan semasa cuti Deepavali, teruja la untuk membuatnya. Berbalik pada resepi internet, masa saya membuatnya dulu, tak ada peram peram ni semua tapi kini saya tengok ada peram beberapa jam. Jadi saya cuba peram adunan untuk melihat sendiri kelainannya.


Saya sangat berpuas hati dengan kek yang dihasilkan, sangat fluffy, secukup rasa kemanisannya dan sangat sedap.  Cuba la masakkan kek ini untuk dihidangkan pada keluarga  tersayang, pasti mereka menggemarinya.  Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya ...

Kek Gula Hangus

125 gm butter
5 biji telur 
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara cara:
Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus ke dalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.



ayak tepung gandum dg soda bikarbonat



butter yang dicairkan



susu pekat, babe



Gula hangus



Telur dikacau dan dituang butter yang dicair



Masukkan tepung dan air gula hangus



Adunan yang ditapis diperam selama 3 jam






Sabtu, 22 Oktober 2011

Best Banana Cake Ever





Kalau pagi tadi saya buat cup cake, tengahari buat pula kek pisang. Maklum dari pagi tak tahu nak buat apa, dah berpuas bercanda canda dengan ikan ikan koi, pergi pulak kolam ikan kelah, lepas tu baring baring. Aduish mati kutu. Gini lah kalau anak anak dah besar, mereka buat hal masing masing. Mr hubby pula keluar ke USJ ada meeting dengan Din berkenaan dengan aktiviti ETHICA.

Dah lama saya ingin membuat kek pisang kerana saya amat menggemarinya tetapi memikirkan diet, saya cuba menangguhkan. Maklum lah kalau masak kek dan sebagainya, pasti saya yang kena menghabiskannya kerana anak anak tidak berapa gemar memakan kek.



Sudah banyak resepi kek pisang yang telah saya salin dan simpan. Namun resepi Maya Kirana dengan tajuknya itu menjadikan saya ingin mencuba resepi beliau. Tapi alahaai.. gara gara oven baru, saya ingatkan dah guna api bawah seperti yang ditulis di dalam resepi, rupa rupanya yang saya set tadi untuk steam.  huhuhu haru jadinya. Walaupun keknya menjadi tapi tak ada lah garing di bahagian bawahnya. Jadi bukan lah salah resepi, tapi salah oven.  eh eh bukan salah oven, salah saya yang tak mengenali ciri ciri oven sendiri.  Apa apa pun, jom layan resepi di bawah.




 
 
Best Banana Cake Ever

150 gm gula
150 gm butter
150 gm self raising flour (dg secubit soda bikarbonate)
3 biji telur dipukul
1 cawan pisang emas masak yg dilecek

Pukul gula dan butter hingga kembang. kalau pukul menggunakan spatula lebih kurang 15 minit. Selepas itu, masukkan telur sedikit demi sedikit dalam 3 kali tuang.

Selepas itu, masukkan separuh dari tepung dan dibalik balikkan. Masukkan pisang dan selepas itu baki tepung. Jangan terlebih kacau adunan tersebut.

Tuangkan adunan ke dalam bekas yng disapu dengan butter dan ditabur dengan tepung gandum. Atau boleh juga jika ingin melapik dengan kertas pelapik.

Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan pada 160C selama 20 minit (using bottom heat) dan 10 minit (using top heat).

Disejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan. 


pisang emas dibawa belayar ...


3 biji telur yang dipukul


pukul tangan sb tk reti guna mixer Kitchen Aid yg baru dibeli


setelah dimasukkan pisang dan tepung


Masuk dalam bekas yang dilencer dg butter dan tabur dg tepung


Tengok apa yang di set di oven tu ...


gara gara test guna garpu ... berlubang lol


Jangan pandang bawah ya ... hihihi amfuuuun


Jumat, 21 Oktober 2011

Vanilla Cup Cake





Semasa mencari cari resepi cup cake, saya terjumpa satu tag line yang ditulis, sangat mudah dan gerenti sedap menyebabkan saya teringin sekali untuk mencuba.  Hari hari mengajak hubby ke Giant untuk membeli bahan bahan yang diperlukan. 

Kebetulan jiran saya, Datin Ros mengajak ke rumahnya malam nanti untuk sessi sembang sembang kejiranan yang banyak kali dibuat bagi mengeratkan hubungan dan silaturrahim. Memandangkan Datin Ros adalah kawan baik saya, berhajat untuk membawa buah tangan yang dimasak sendiri. Jadi bangun pagi pagi saya telah mula membuat cup cake walaupun berjanji dengan Juita untuk membuatnya bersama sama.

Ini lah kali pertama saya membuat cup cake dan Alhamdulillah menjadi.  Lepas ini saya akan mencuba resepi cupcake Nigella Lawson pula.  Saya tak membuat isingnya untuk kali ini.  Jom layan resepi dan gambar gambarnya ...


Vanilla Cup Cake
sumber: Myresepi

Bahan-bahan

150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla

Untuk ising:

100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara
Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati
Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C

Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice






Selasa, 20 September 2011

Kek Kukus Buah buahan Lembab



 

Beberapa hari lagi, kami akan mengadakan rumah terbuka Aidil Fitri dan juga House Warming sempena masuk rumah baru. Maklum kami mempunyai ramai kawan dan kenalan dan jiran jiran yang bertanya bila lagi nak diadakan house warming.  Sebelum ini, kami hanya mengadakan majlis simple sahaja iaitu majlis tahlil.  Hubby menguruskan semua katering dan membuat pemilihan lauk pauk yang akan dihidangkan nanti.  Sempat juga dia bertanya kalau saya ingin memasak apa apa sebagai pencuci mulut, hahaha katanya kot nanti ditanya, yang mana satu kuih yang dihasilkan oleh Azie Kitchen.  Memikirkan kek buah buahan kukus sedap dibuat beberapa hari sebelum dimakan, bagi memastikan ianya cukup lembab, saya terus membuat keputusan untuk membuatnya selepas solat Isyak dengan dibantu Juita Ku Sayang.  Terlupa la pulak yang kek ini perlu dikukus selama  4 jam, dah siap membuat adunan semua tadi pun dah pukul 10.40 malam.  Alamak kena berjaga lah malam tadi, kunci jam bangun pukul 4.30 pagi pula kerana terpaksa tambah waktu mengukus.... hmmm silap perkiraan sebab bila nak buat jer, terus buat.  Tak boleh tunggu tunggu lagi, itu lah kelemahan saya dari dulu hingga sekarang.  

Bercakap pasal kek buah buahan kukus ini, ianya adalah salah satu dari kek yang saya sangat ingin buat dengan perfect. Saya tidak puashati dengan beberapa percubaan yang saya pernah buat sebelum ini. Terutama tang yang air gula hangus dituangkan ke dalam adunan kek. Berketul ketul dan bila di kacau rata pun, masih juga berketul.  Bila kek masak, terasa bahagian gula tidak merata, ada tempat yang terlebih gula, gitu lah.  Resepi diberi oleh kawan yang dikenali semasa menghadiri conference on Human Resource di sebuah hotel di Bandar Sunway.  


Pernah satu masa, saya memang kemaruk membeli kek buah di Coffee Bean yang harganya boleh tahan juga. Lembab bangat, dari situ lah saya menjadi sangat sangat teruja untuk menyediakan sendiri.

Percubaan kali ini, saya menggunakan resepi diana dari myresepi berdasarkan komen komen yang diberi yang sangat mengujakan, moist, lembab, yummy dsb.   Semuanya membuatkan kita menelan air liur jer. Hahaha nasib baik dah tak lagi dalam bulan puasa ya. 

Jom kita layan resepi di bawah ...

 

Kek Kukus Buah-Buahan Lembab

Bahan-bahan ( 2 loyang 7 x 7 inci persegi )
600 gram tepung gandum
300 gram gula halus (blh kurangkan 2 sudu besar)
5 biji telur - gred A/ gred B -7 biji
2 1/2 buku (625 gram) mentega
1 kotak (500 gram) buah buah campuran
2 sudu teh bicorbonate of soda
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)

Kertas kuih
Aluminium foil


Gula hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-cara
Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.

Tepung gandum dan bicarbonate of soda diayak. Ketepikan.
Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.

Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.

Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.

Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.

Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.

Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih.  Masukkan air sedikit demi sedikit. Hati-hati gula hangus ni panas.

Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.

Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.

Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Nota:  kukus menggunakan api besar selama 2 jam kemudian api perlahankan kepada sederhana untuk 1 1/2 jam lagi. Bila buat Kek Buah, cukup sekadar whisk dengan tangan dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang boleh anda beli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik.

Nota:
1/2 adunan menghasilkan kek buah berukuran 7 x 7 x 2 1/2 inci. Kek Buah ini boleh tahan selama 6 bulan, caranya bungkus dengan aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.


Buah buahan digaul dengan tepung gandum


Tepung yang diayak bersama soda bikarbonat


Telur tengok saiz



Pukul butter dan gula hingga kembang
  

Masukkan esen vanilla, pewarna dan tepung yang diayak


2 cawan gula digoreng


Membuat gula hangus dg api perlahan


Gula hangus mula berbuih, sedia dituang dalam adunan


Selepas dimasukkan air gula hangus


Masukkan buah dan hanya kacau rata


Masuk dalam loyang yg diletak kertas kuih disapu mentega dan tepung


Tutup dg foil dan ikat dg tali


Sedia untuk dikukus


Kukus selama 4 jam, 2 jam pertama dg api besar



taadaaa siappp ...



Layannnn ...