Tampilkan postingan dengan label Hobi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Hobi. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Oktober 2011

Cookie dan Bella, Sugar Glider Kesayangan

Cookie


Makan HPW ... diperbuat dari madu


Sekarang ini, masa untuk ke dapur agak terhad kerana balik dari pejabat sudah teramat kepenatan. Jadi saya hanya membuat entri biasa bagi membuat pengisian blog saya. Hmm pasal apa ya?  OK lah kita bercerita pasal Cookie dan Bella, sugar glider yang satu masa dulu jadi kegilaan anak bongsu kami, Aween.  Bella adalah home breed sugar glider yang dibeli semasa berumur 2 bulan. Manakala Cookie pula, sugar glider jantan yang dibeli dari Suggie Shop.  Mereka hanya diletak dalam sangkar yang sama setelah Bella berumur 8 bulan.

Apa yang nak diceritakan ialah sugar glider perlu dibelai dan dimanja. ia dapat mengenal pasti bau tubuh badan tuannya.  Kerana kemaruk dengan macam macam gadget Aween dah lama tidak bermain dengan sugar glider terutama Bella.  Saya terkejut bila satu hari semasa di pejabat, menerima sms mengatakan Bella sudah mati.  Saya sangat bersedih dan terkilan.

Sebaik sampai di rumah terasa tak sampai hati untuk melihat Bella.  Saya minta hubby untuk uruskan supaya Bella dikebumikan.  Biasanya hubby akan ambil dari poach dan terus dimasukkan dalam plastik dan habis cerita ... Ntah macam mana hari itu, hubby tak buat begitu dan terperasan yang Bella masih hidup cuma dalam keadaan lemah.  Cepat cepat kami membawa dia ke klinik.  Yang nak di share hari ini adalah bagaimana sehingga ke saat ini, saya masih fobia bila mengingatkan kemungkinan Bella ditanam hidup hidup.  Aduhaiii kenapa sampai jadi macam tu, Aween oii ... Dah banyak duit dibelanjakan sekarang terbiar sahaja.  Jadi kami sepakat untuk menghantar ke Suggie Shop sebagai anak angkat mereka.  Semoga gembira selalu Cookie dan Bella, kami akan sentiasa merindui kalian.  Tiada lagi rutin saya yang tiap malam akan bertanya, Aween ... dah bagi makan sugar gliderrrrr? Apa yang kami buat adalah yang terbaik untuk kesejahteraan kalian. Luv uolls ...


Bella
 

Dahaga ..minum air
   

Cage yang akan dirindui ...


Japanese Koi yang memberi Ketenangan





Sebelum Nana balik ke Egypt, boleh dikatakan kami kerap berulang alik membuat lawatan dari pusat Koi dari satu centre ke satu centre yang lain. Memang sangat mengujakan bila melihat ikan koi berenang lemah gemalai di air kolam yang tenang. Di bawah cahaya matahari, sisik koi kelihatan berkilauan yang sukar digambar dengan kata kata akan keindahannya.  Kami mempelajari pasal jenis jenis ikan koi dan cara memilih koi yang cantik. Maklumlah harganya bukan murah, sekali pergi dapat beli satu atau dua ekor jer. Walaupun bukan pro, tapi cuba untuk mendapatkan ikan cantik dengan harga yang munasabah.


Kini kami mempunyai koleksi 8 ekor ikan koi jepun dari sanke, showa, kohaku dan yang terbaru platinum ogon. saya bercadang untuk mendapatkan beberapa jenis koi ogon lagi seperti yamabuki ogon dan orenji ogon sebelum membeli shiro utsuri, koi hitam putih dan tancho kohaku dan tancho sanke. Azamnya untuk ada sekurang kurangnya seekor dari setiap baka japanese koi. Ternyata berbeza kecantikan koi jepun berbanding dengan local koi dari segi bentuk badan, warna dan coraknya. Memang berbaloi melabur untuk membeli japanese koi.


Setiap hari sebaik sampai di rumah, saya mesti duduk di tepi kolam untuk memberi ikan ikan koi makan. Seronok tengok mereka berebut rebut makanan dan melompat timbul di permukaan untuk menyambar palet yang dilontarkan.


Sesungguhnya kehadiran ikan ikan koi amat memberi ketenangan kepada saya yang kepenatan selepas balik dari pejabat. Dapat meredakan ketegangan.  Setiap hari pasti ingin cepat pulang untuk bermesra dengan mereka yang pastinya tidak akan menyakitkan hatiku. Hmmm tak sabar melihat ikan ikan koi tersebut membesar di depan mata ...


 

Minggu, 18 September 2011

Ikan Kelah, Raja Ikan Sungai yang Menjadi Igauan



ikan yang berenang keriangan


Anak anak ikan kelah


Haa nampak tak ikan kelah dalam kolam tu ...

Saya memang peminat haiwan peliharaan, bermacam macam haiwan peliharaan yang saya ada. Saya pernah membela burung merbuk yang digilai ramai kerana suaranya.  Saya juga pernah membela ayam serama, ayam hutan selain dari ikan ikan.  Berjenis jenis spesis ikan yang dibela dari arowana, dan juga lain lain ikan akuarium.

Yang saya nak ceritakan sekarang ini ialah kegilaan semasa saya iaitu ikan sungai ikan kelah, ikan jelawat, ikan kejor dan lain lain yang menghuni kolam di rumah kami selain ikan koi yang sudah menjadi kemestian.

Dari saya mengandung kan anak pertama hingga kini, saya tak pernah lagi merasa memakan ikan kelah walaupun pernah mengidam untuk makan ikan kelah.  Kini baru saya ketahui bahawa ikan kelah terdiri dari pelbagai jenis dan sangat mahal harganya.  Selama ini saya cuma tahu  ada kelah merah, hijau dan biru sahaja.  tapi hari ini, baru lah saya ketahui terdapat kelah jenis bara lipan, kelah emas, kelah bara merah dan macam macam lagi.  Tapi untuk permulaan saya hanya mampu membeli kelah yang paling murah dari baka yang  ada nama ini iaitu 10 ekor baka bara lipan yang berwarna oren bila besar dan 2 ekor ikan kelah emas.  Yang lain rasanya tak mampu buat masa ini, lagi pulak saya tak mahu ambil risiko kerana kolam kami masih baru.  Biar lah ianya stabil terlebih dahulu sebelum mengisi dengan spesis kelah yang lebih mahal.  Jangan terkejut ada kelah yang berharga RM5000 seekor.  

Tapi saya tidak suka membela ikan yang sudah besar, tak thrill la macam tu.  saya suka membeli yang kecil dan membela sehingga besar.  Begitu juga jika memilih bunga bungaan, saya suka memilih bunga yang kecil dan menanam menjaga hingga ianya menjadi besar.  Puas hati melihat ia membesar di depan mata hasil usaha sendiri

Jom layan gambar gambar ikan saya yang memang akan di jaga jumlahnya supaya tidak terlalu banyak ... dan akan diisi secara berperingkat peringkat dengan ikan ikan pilihan dari masa ke semasa ...



Ikan jelawat yang berkawan dg koi


ikan jelawat yang cantik sekali


anak ikan Taiwan Koi di kolam utama


Senin, 05 September 2011

Catilisa Cattery Tempat Anak anak Bermanja

Rizky


Single Rozeera of Catilisa



Commodore Wonderboy of Catilisa



Daily Joy Asmara of Catilisa


Rizky adalah satu satu nya domestic long hair persian yang turut sama berpindah ke rumah baru kami di Kota Damansara.  Rizky mula tinggal bersama kami sempena harijadi Aween dalam tahun 2007 sekembalinya kami dari menunaikan fardhu haji. 

Beberapa hari yang pertama pindah, Rizky menghilang seharian menyebabkan semua keluarga kami dalam kesedihan dan kemurungan.  Maklumlah dia belum biasa dengan rumah baru kami, bagaimana dia mahu balik jika dicuri orang.  Saya sendiri berjalan kaki ke tepi tasik mencari dan memanggil Rizky.  Akhirnya dalam pukul  9 malam, dia balik dalam keadaan badan basah dan kotor kerana hari itu seharian hujan tak berhenti di kawasan Kota Damansara.  Kini Rizky hanya bersiar siar di halaman rumah kami sahaja tanpa berani lagi untuk keluar, agaknya masih trauma dengan kejadian yang menimpa pada hari tersebut yang hanya dia yang tahu, apa sebenarnya yang telah terjadi ... Kini Rizky la kemanjaan keluarga kami dengan ketiadaan rakan rakannya yang lain ...

Single Rozeera of Catilisa adalah persian pertama dalam keluarga kami yang diimport dari Rusia. Banyak cerita suka duka yang kami lalui dengan Rozy pertandingan untuk Champion title, menyaksikan Rozy bersalin dengan bantuan Doktor Veteriner, kehilangan Rozy yang membuat saya separuh sedar dan pemergian Rozy ke Labuan.

Selain Rozy, saya juga ada Commodore Wonderboy of Catilisa, pure persian male yang diimport dari Netherland.  Boyie juga telah mendapat status Champion dalam pertandingan kuching yang diadakan di Kuala Lumpur.

Jika Rozy dan Boyie adalah pure long hair persian, Demy atau nama penuh Daily Joy Asmara of Catilisa pula adalah pure exotic persian.  Demy yang diambil sempena nama Demy Lovato pula adalah diimport dari Rusia. Demy juga telah berjaya mendapat status Champion.

Boleh layan cerita cattery selanjutnya di http://www.catilisacattery.com/ atau http://catilisa.blogspot.com/