Tampilkan postingan dengan label Apam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Apam. Tampilkan semua postingan

Selasa, 01 November 2011

Apam Mekar Setaman





Pandai pandai jer menukar nama jadi Apam Mekar Setaman.  Hahaha jangan marah ya tuan punya resepi.  Saya mula memasak kuih ni dah agak lewat malam. Terpaksa melayan Pakistan yang hantar carpet kat rumah dulu.  Tapi sebab dah bercadang nak memasak untuk dibawa ke office esok, saya terus jer ke dapur sebaik selesai urusan carpet.  Agak nya sebab dah penat la tu, tak berapa gebu kuihnya.  Resepi ini memang OK berdasarkan komen komen pembaca yang dah mencubanya. Tetapi saya sendiri mungkin yang tidak membuat sukatan bahan dengan sempurna. Tapi apa apa pun saya sangat berpuashati menengokkan ianya mekar berkembang.  Dah lewat malam ni, jadi jom kita layan resepinya.



Apam Mekar Setaman
sumber: azita kitchen


Bahan-bahan (50 biji papercup kecik )

200 gm gula (resepi asal 250 gm)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup)

Cara-cara
Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.

Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. Masukkan ovallate dan pukul lagi.

Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup balikkan hingga warna sekata.

Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan (atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).

Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut. Rehatkan 5 - 10 minit sebelum dikukus.

Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup) dg api yg besar.

Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan.







Senin, 31 Oktober 2011

Apam Gula Hangus





 
Walaupun sampai rumah hari ini hampir pukul 8 malam, saya terus masuk ke dapur sebaik solat maghrib dengan tak sempat menyalin baju kerja. Semangat tengah berkobar ni untuk memasak apam terutama apam gula hangus yang saya jumpa resepinya semasa waktu makan tengahari tadi.  Seperti biasa, saya jarang sekali keluar lunch.
Apa yang saya nak katakan berkenaan apam ini adalah sedap dan gebu sekali.  Sangat sangat gebu, dua tiga ketul masuk mulut pun tak terasa. Hubby pun mencukai beberapa biji semasa saya sedang menyediakan teh O.  Saya seronok kalau hubby dan anak anak suka makan masakan atau kuih yang saya masak.  Cuba lah kalau nak tahu bagaimana enaknya dan gebunya apam ini.  Ya amfuuun, sedap bangat.  Cuma bentuknya tu jer kena improve kerana mungkin terlebih masukkan adunan, bila mengembang dah terkeluar dari acuan.  Jom, layan resepinya ...


Apam Gula Hangus
sumber: Potret Kasih

Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 15 minit sahaja.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah  ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.