Tampilkan postingan dengan label Udang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Udang. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Oktober 2011

Udang Goreng Garam Kunyit





Haa ini satu lagi lauk yang menjadi kegemaran saya dan selalu dimasak sejak di bangku sekolah. My late father menangkap udang di sungai dengan memasang bubu atau dipanggil  "gogoh" yang dimasukkan isi kelapa yang dibakar.  Gogoh itu akan diikat di batang pokok nipah dan dibiarkan semalaman.  Esoknya, gogoh akan diangkat dan banyak lah udang sungai yang diperolehi termasuk udang galah yang besar besar.  Udang udang tersebut hanya dimasak gulai seperti resepi yang saya masak ikan tongkol tadi atau hanya digoreng garam kunyit sahaja. 


Memikirkan apa lauk yang sesuai untuk dimakan bersama gulai ikan tongkol tadi, saya membuat udang goreng garam kunyit.  Caranya mudah dan rasanya sedap.



Udang Goreng Garam Kunyit

Udang dilumur garam dan kunyit
Bawang besar di hiris
Cili hidup dihiris (kalau cili hijau Kelantan, lagi sedap)

Udang digoreng hingga masak, masukkan bawang besar dan cili hidup.  Masak hingga bawang dan cili agak layu. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas panas.





Senin, 29 Agustus 2011

Sambal Tumis Udang dengan Petai



Esok umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Sambil menyediakan juadah untuk sarapan di pagi hari raya, saya perlu juga menyediakan juadah berbuka untuk hari terakhir Ramadhan.  Menu berbuka hari ini adalah sambal tumis udang dengan petai, kari ikan bawal, ayam goreng rangup dan rendang minang yang dimasak untuk juadah raya. 

Sambal tumis udang adalah masakan kegemaran suami saya. Saya pula bila masak sambal tumis, hmmm ...sekali menjadi, sekali tak menjadi. saya belajar dan mempraktis masakan mudah ini berulang kali bagi menghasilkan sambal tumis udang yang meletop ...

Kali ini saya meletakkan sekali petai yang menjadi kegemaran saya tapi jarang memakannya terutama hari bekerja. apalagi esok hari raya. jom layan resepi saya ....

Sambal Tumis Udang

Cili kisar
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Garam dan serbuk perasa

Udang digoreng terlebih dahulu dan angkat serta ketepikan. semua bahan di atas di blend.

Tumis bahan blend dengan api perlahan hingga cili betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu bagi menjadikan sambal berwarna kemerahan. selepas itu, masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. akhir sekali masukkan udang. masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
jika hendak masukkan petai, letak petai dahulu sebelum udang. jika mahu, boleh juga diletakkan bawang besar yang dipotong bulat.
siap dan jemputlah makan ....



Rabu, 24 Agustus 2011

Udang Harimau Masak Lemak Cili Padi


Add caption



Terlerai rindu dengan kepulangan anakanda kami, Nana dari Egypt.  Walaupun kesuntukan masa, saya masih sempat memasak semua lauk untuk juadah berbuka hari ini.  Betul betul bersilat, sebaik sampai di rumah, terus ke dapur memasak dengan tak sempat menyalin baju kerja pun. Akibatnya habis baju terpercik minyak semasa menggoreng. Aduhai la pulak tu ...

Lauk yang sempat disediakan adalah Udang Harimau Masak Lemak Cili Padi, Ikan Bawal Sweet Sour, Ayam Masak Kicap dan Ikan Bawal Madu Goreng Garam Kunyit. Hmm ... ada yang kurang sebenarnya, apa lagi kalau bukan sayur.  Tapi sebab anak anak tak suka makan sayur termasuk bakal doktor, saya pun tak jadi memasak sayur. Walaupun resepi masakan di atas adalah resepi mudah yang semua orang tahu cara memasaknya tapi jom layan aje la resepi dan gambar gambar masakan hari ini ya ...

Udang Masak Lemak Cili Padi
Bahan
Cili padi
Kunyit hidup
Santan
Asam keping
Daun kunyit, tomato buah
Garam

Blend cili padi dan kunyit hidup. Masak santan dengan bahan kisar hingga mendidih, masukkan udang, daun kunyit, tomato buah, asam keping, garam dan serbuk perasa. siap.  Masak lemak cili padi ini adalah resepi kegemaran saya untuk lauk berkuah kerana mudah, cepat dan sedap.

Siap ...

masih di kuali ...