Selasa, 01 November 2011

Sotong Goreng Celup Tepung








Dah lama saya teringin nak makan sotong celup tepung terutama selepas menikmati sotong celup tepung di KualaTerengganu semasa menjalankan urusan tugas rasmi.  Masa perjumpaan ETHICA di Kolej Ketiga, Sahor juga memasak sotong dan udang celup tepung.  Memang sedap sotong celup tepung terutama makan panas panas sementara tepung masihg rangup.

Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan 
300 gm sotong
1 cawan tepung beras
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung.
Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.


sotong yang dibeli tadi


Saya suka sotong yang kekal dg kulitnya


sebiji telur dikacau saja


selepas celup dg telur, sotong disalut dg tepung


Haa siap


Sedap sgt



Udang celup tepung




Tidak ada komentar:

Posting Komentar