Selasa, 01 November 2011

Sardin Goreng Masak Kicap



Sardin adalah makanan kegemaran saya sejak kecil.  Kalau nampak jer sardin, macam mana kenyang pun saya tetap akan menjamah jika ada lauk sardin. Maklum saya dibesarkan di kampung yang berhampiran dengan laut, jadi ikan laut adalah sangat murah berbanding dengan ikan sardin.  Seingat saya, tak pernah my mom beli ikan sardin pun masa saya kecil. Dulu dengan RM1, boleh dapat ikan selambak yg diikat dengan dawai. Masih ingat lagi, penjual ikan yang menjual ikan dengan menaiki basikal akan cucuk dawai tu dari insang ke mulut. Bila bunyi jer loceng, kami akan terus ke tepi jalan besar untuk membeli ikan.  

Terus terang, saya tak pernah appreciate ikan segar kerana semua ikan yang dibeli masa saya di kampung adalah segar. Tambahan pula, my mom akan perap dulu ikan tersebut dengan garam dan kunyit selepas dikelar. Bila agak garam dah sebati, baru digoreng. Atau ikan direbus dulu sebelum digulai atau digoreng. Agaknya sebab rumah kami tak ada peti sejuk untuk menyimpan ikan. Itu sebab ikan direbus agaknya lah. 

Cuma setelah berkahwin, baru saya tengok hubby meletakkan garam kunyit pada ikan yang tak dikelar pun dan terus digoreng. Mula mulanya saya tak suka kerana merasa isi ikan tawar seperti itu.  Tapi kini baru saya mula belajar betapa sedap dan manisnya isi ikan yang segar. Di sini, barulah belajar betapa susahnya untuk mendapatkan ikan yang segar.

Berbalik pada sardin, hubby minta dimasakkan sardin kerana selepas menghantar kami balik, dia perlu keluar semula atas urusan kerja.  Jadi tak sempat untuk singgah membeli makanan untuk makan malam kami.  Jom kita layan resepi nya. Jom ....


Sardin Goreng Masak Kicap

1 tin sardin
2 bwg merah dihiris
2 bwg putih dihiris
sedikit halia dihiris
1/2 biji bwg besar dihiris
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk lada putih
cili hidup dan cili padi
sedikit kicap

Cara cara
Asingkan sardin dari kuahnya. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat sardin dan ketepikan
Bawang merah, putih dan halia dihiris. Tumis bahan bahan tumis, bawang dan halia hiris serta serbuk lada sulah.
Masukkan kuah sardin, kicap dan sedikit air.
Masukkan garam secukup rasa.
Bila dah mendidih, masukkan sardin goreng, bawang hiris serta cili.
Sedap dimakan dg nasi putih panas panas atau roti


bahan diperlukan


sardin


sardin digoreng dahulu


Menumis bahan bahan hiris dg rempah penumis


Sardin yang dah digoreng
  

Masukkan kuah sardin


Masukkan kicap


Masukkan ikan sardin yang digoreng
 

Masukkan bawang besar dan cili padi
  

Tabur dengan daun 


Taraaa ... siap


Tidak ada komentar:

Posting Komentar