Tampilkan postingan dengan label Minuman. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Minuman. Tampilkan semua postingan

Jumat, 09 September 2011

Air Sirap Bandung Cincau




Dalam saya berfikir juadah untuk majlis makan makan yang Nana akan adakan untuk kawan kawan, saya telah didatangi oleh Ikhmal ke pejabat saya. Beliau telah mencadangkan supaya membuat air sirap bandung cincau. Saya belajar membuat air sirap bandung dari jiran saya di USJ semasa mengunjungi beliau pada masa hari raya dan bertanyakan cara cara menyediakannya.  Dari situ la, saya mula mengenali dan membeli ais krim soda. Tapi hari ini Ikhmal telah mengajar supaya dimasukkan cincau ke dalam air sirap bandung ....

Semasa masih mempunyai pembantu rumah, kami selalu menyediakan sendiri sirap dengan memasak air, gula, sirap rose dan daun pandan. Dan diletak sedikit sirap pisang. Cara penyediaan sirap ini dipelajari dari kawan baik saya, Dr Sabariah dari Segamat.

Air Sirap Bandung Cincau

Air sirap (boleh beli siap atau dimasak sendiri)
Ais krim soda
Susu cair
Cincau secukupnya (diparut)
Ais kiub secukupnya

Cara cara
Campurkan sirap, air masak, susu sejat. Kacau dan rasakan manis dan lemak yang dikehendaki. Masukkan ais krim soda sambil dikacau tanpa henti. Masukkan ais kiub dan juga cincau. Siap untuk dihidangkan.....


Rabu, 07 September 2011

Jus Nenas World

jus yg sangat berkhasiat



Jom minum ...


Cara penyediaan jus nenas ini dikongsi oleh rakan sepejabat saya, Abdul Hanan yang mempunyai keluarga yang pakar dalam hal masak memasak terutama resepi utara seperti beriani dan sebagainya. Setiap kali ada majlis makan makan, mereka akan menyediakan jus ini bagi membantu mereka yang memakan daging kambing dari mendapat tekanan darah tinggi. Maklum lah setengah orang akan mengalami kenaikan tekanan darah atau pening jika memakan daging kambing secara berlebihan. Gambar gambar yang beliau ambil semasa penyediaan makanan kenduri secara gotong royong amat mengujakan saya. Jom cuba amalkan meminum jus nenas world ini terutama selepas memakan daging kambing. Apa apa pun, nenas sangat kaya dengan kandungan fiber yang amat baik untuk melancarkan pencernaan dan penghadaman.

Jus Nenas

1 biji nenas
sedikit gula batu
sedikit kiub ais
sedikit air ais

Nenas dikupas, buang empulur dan matanya. Blend nenas dengan air ais, ais kiub dan gula batu hingga hancur. Boleh terus dihidangkan semasa masih sejuk.  sangat sedap ...

jemput minum ...



Layan ajer lah ..