Tampilkan postingan dengan label Laksa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Laksa. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 03 September 2011

Laksa Asam di Bulan Syawal

Kalau dulu saya masak laksa Asam di bulan puasa, jadi sempat makan laksa hanya waktu berbuka sahaja.  Itu pun sikit sahaja sebab dah kekenyangan kerana banyak juadah lain masa berbuka. Jadi saya mahu makan laksa asam berulang ulang sebelum mula bertugas besok.  

Jadi pagi pagi lagi hubby dah keluar ke mini market mencari bahan bahan diperlukan. Tapi banyak kedai masih ditutup, jadi banyak bahan yang tak ada seperti daun pudina, kesukaan saya bila makan laksa.  

Apa apa pun, saya berpuas hati kerana bahan asas tetap cukup, laksa saya tetap kaw kaw ... yes yes.  Jom kita layan gambar gambar jer ye .. resepi dah ada dalam entri sebelum ini.  Hobi ku kan fotografi ... Jom

Laksa Asam


Bahan bahan diperlukan, daun kesum tak ada dalam gambar

Bahan dikisar


siap di blend


Laksa kering direndam dengan air sejuk dulu


Ikan yang direbus, saya guna 1  kilo jer



siap disiak siak ...



kuah siap, masih di periuk
 
mabeles ...




Kamis, 18 Agustus 2011

Laksa Asam





Tiba tiba teringin nak makan laksa asam, apabila sahabat saya, Zs bercerita tentang keenakan laksa asam yang dimasak hinggakan jiran jiran bertanya dek baunya yang semerbak ke rumah jiran. 

Seperti biasa, tanpa berlengah saya mula mencari resepi laksa asam untuk dipilih. Berminggu saya mencari resepi, petua petua di dalam blog blog masakan. Akhirnya saya memilih untuk mencuba resepi Zs kerana yakin dengan kehebatan masakan mee udang beliau yang world class ...

Terima kasih Zs.  Saya berbuka puasa dengan menghirup kuah laksa terlebih dahulu sebab dah tak tahan dengan godaan bau nya semasa memasak ... 
 
 
Laksa Asam 

Bahan Kisar
1 jari telunjuk kunyit hidup
25 biji cili padi
1 ibu jari lengkuas
3 inci belacan melaka warna merah
3 labu bawang besar

Lain lain
5 serai - titik
1 senduk cili giling
50 sen daun kesum
20 kpg asam keping
2 bunga kantan -  belah
Segengam asam jawa
½ - 1 biji nenas masak - blend & masuk dlm kuah

Hirisan
Timun, daun pudina, bawang besar, cili merah/padi, salad, kantan

2 kg ikan dicuci bersih dan di rebus, angkat  dan disiakkan isinya.  Tapis air rebusan diguna utk buat kuah. Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan bahan lain. Masak dg api perlahan. Masukkan gula dan garam. 

Nota:
Gula mestilah banyak sehingga terasa spt manis manis buah.

Guna laksa beras, lagi sedap.